Posts

Showing posts from 2026

Delegasi Prince of Songkla University Teroka Warisan GTAR

Image
7 September 2026M | 25 Rabiulawal 1448H Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) dengan berbesar hati menerima kunjungan delegasi pelajar dan pegawai dari Prince of Songkla University (PSU), Thailand sempena program mobiliti antarabangsa dan jaringan kerjasama strategik akademik. Program sambutan dan pengurusan lawatan ini diadakan dengan kerjasama rapat Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEPA) UiTM Shah Alam  serta Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) bagi memperkasakan hubungan diplomasi kebudayaan serta pertukaran ilmu rentas sempadan antara kedua-dua institusi pengajian tinggi. Semasa lawatan di GTAR, para delegasi PSU dibawa meneroka khazanah sejarah, warisan kepimpinan, serta lipatan sejarah penubuhan UiTM sejak 7 dekad. Sesi pandu arah ini bukan sahaja memberi pendedahan mendalam mengenai warisan kebangsaan Malaysia, malah menjadi medan dialog akademik dan sosiobudaya yang harmoni antara mahasiswa antarabangsa. Pihak GTAR dan JHEPA UiTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima ...

Peserta Kem Gemilang SPM Yayasan Keluarga Malaysia Diraikan di GTAR

Image
4 September 2026M | 22 Rabiul Awal 1448H Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menerima kunjungan rombongan daripada peserta Kem Gemilang SPM anjuran Yayasan Keluarga Malaysia. Rombongan seramai 60 orang tersebut berada di UiTM Shah Alam selama 4 hari 3 malam bermula 1 hingga 4 September sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada bulan Oktober ini.  Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) merupakan sebuah institusi kebajikan yang dilancarkan pada 23 Oktober 2021 bertujuan memelihara kebajikan serta masa depan anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat pandemik COVID-19. YKM mempunyai visi menjadi organisasi kebajikan terunggul yang menjamin kelangsungan hidup anak-anak sasaran, berserta misi menyediakan bantuan kewangan, sokongan pendidikan berterusan, dan pembangunan sahsiah secara menyeluruh. Bagi tahun 2026, YKM merancang menyalurkan peruntukan dana sebanyak RM5 juta kepada sekurang-kurangnya 1,000 anak yatim terkesan dengan memberi tumpuan khusus kepada ...

Galeri Tun Abdul Razak Terima Lawatan Penandaarasan Sunway Tun Hussein Onn Library

Image
13 Ogos 2026M | 29 Safar 1448H Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) dengan tangan terbuka menerima kedatangan wakil dari Sunway Tun Hussein Onn Library, Sunway City, Petaling Jaya. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada aturcara lawatan penandaarasan ke Bahagian Arkib Universiti. Perwakilan seramai 3 orang ini diketuai oleh Puan Juwairiah Tan Sulaiman dan dipandu oleh Puan Roszainatul Haizan Binti Rusili, Penolong Pendaftar Kanan yang juga merupakan Ketua GTAR.  Tun Hussein Onn Sunway Library merupakan perpustakaan akademik seluas 72,000 kaki persegi di Sunway University yang menyediakan persekitaran pembelajaran moden berasaskan konsep Learning Commons. Perpustakaan tiga aras ini dilengkapi koleksi fizikal melebihi 150,000 buah buku, pangkalan data digital, serta ruang belajar fleksibel seperti Group project pods dan Extended Hour Zone. Selain perkhidmatan untuk pelajar dan staf, perpustakaan ini turut menawarkan akses awam serta sokongan akademik seperti bimbingan penulisan dan kemah...

Perwakilan Bunkyo Gakuin University, Tokyo Lawat GTAR

Image
7 Ogos 2026M | 23 Safar 1448H Galeri Tun Abdul Razak menerima kunjungan perwakilan dari Bunkyo Gakuin University, Tokyo, Jepun. Perwakilan seramai 15 orang pelajar dan seorang koordinator turut diiringi oleh rakan pelajar daripada Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Shah Alam. Selain dibawa menelusuri sejarah pembentukan dan pembangunan UiTM yang bermula dari Dewan Latehan RIDA, para pengunjung juga dibawa menyingkap kecemerlangan UiTM sama ada di dalam dan luar negara.  Bunkyo Gakuin University ialah sebuah universiti swasta terkemuka di Jepun yang diasaskan pada tahun 1924 oleh Ishiko Shimada, dengan kampus utamanya terletak di daerah Bunkyo, Tokyo serta kampus cawangan di Fujimino, Saitama. Institusi ini menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat sarjana muda dan pascasiswazah menerusi empat fakulti utama, iaitu Pengurusan Perniagaan, Pengajian Bahasa Asing, Pengajian Manusia, serta Sains Kesihatan. Berpegang kepada falsafah "Kemerdekaan dan Kewujudan Bersama" ( I...

GTAR Terima Kunjungan Delegasi Universitas Negeri Semarang , Indonesia

Image
04 Ogos 2026M | 20 Safar 1448H Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menyambut kedatangan perwakilan dari Universitas Negeri Semarang. Kunjungan seramai 2 orang delegasi ini turut diiringi oleh wakil daripada Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM) UiTM Shah Alam. Lawatan ini dipandu oleh Noorbaizura Mazlan, Pembantu Pustakawan Kanan. Universitas Negeri Semarang (UNNES) ialah sebuah Perguruan Tinggi Negeri Berbadan Hukum (PTN-BH) di Indonesia yang berteraskan prinsip "Universitas Konservasi" dalam pendidikan dan kebudayaan. Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA) di UNNES berfokus pada kecemerlangan akademik, penyelidikan, dan inovasi dalam bidang sains, matematik, dan teknologi. Selain itu, FMIPA UNNES aktif menjalinkan kolaborasi penyelidikan dan kerjasama antarabangsa dengan Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Shah Alam merangkumi pelbagai inisiatif akademik. Sertai kami di Galeri Tun Abdul Razak bagi mempelajari lipatan sejarah dan mengenali toko...

GTAR Terima Kunjungan Hormat Delegasi MPPUiTM Cawangan Pahang

Image
26 Jun 2026M | 10 Muharam 1448H Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menyambut kedatangan delegasi dari Majlis Perwakilan Pelajar, UiTM Cawangan Pahang. Delegasi seramai 9 orang ini dibawa menelusuri sejarah Dewan Latehan RIDA, Maktab MARA, ITM dan UiTM dipandu oleh Noorbaizura binti Mazlan, Pembantu Pustakawan Kanan.  Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Pahang merupakan badan kepimpinan tertinggi pelajar di peringkat cawangan yang bertindak sebagai medium perantara rasmi antara mahasiswa dari Kampus Jengka dan Kampus Raub dengan pihak pengurusan universiti. Badan ini memikul fungsi dan peranan utama dalam menyalurkan suara serta aduan mahasiswa, di samping memelihara aspek kebajikan fasiliti dan menyelaraskan aktiviti pembangunan sahsiah di peringkat kampus. Bagi mencapai matlamat tersebut, inisiatif dan fokus kepimpinan MPP ditumpukan kepada program cakna kebajikan pelajar, pembentukan graduan yang holistik, serta pemantauan disiplin dan rupa diri pelajar secara berterusan. Se...

GTAR Terima Kunjungan Delegasi Sekretariat MAKMUM Bersama Kepimpinan MASMED

Image
  26 Jun 2026M | 10 Muharam 1448H Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menyambut kedatangan Sekretariat Majlis Keusahawanan Universiti Awam Malaysia (MAKMUM). Kunjungan seramai 8 orang delegasi ini turut diiringi oleh Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Badrul Isa, Penolong Naib Canselor (Keusahawanan). Selain GTAR, delegasi ini turut mengunjungi Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR).  Majlis Keusahawanan Universiti Awam Malaysia (MAKMUM) berfungsi sebagai platform rasmi yang merancang, menyelaraskan, dan memacu agenda pembangunan serta program keusahawanan mahasiswa di peringkat institusi pendidikan tinggi. Majlis ini dianggotai secara strategik oleh Pengarah-Pengarah Pusat Keusahawanan daripada 20 buah Universiti Awam di seluruh Malaysia di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi. Bagi mencapai matlamatnya, MAKMUM memberikan fokus strategik terhadap transformasi minda pelajar...

GTAR Terima Kunjungan Lawatan Penandaarasan Perpustakaan Tunku Tun Aminah (UTHM)

Image
23 Jun 2026M | 7 Muharam 1448H Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) telah menerima kunjungan lawatan penandaarasan daripada delegasi Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Encik Mohd Noor Hasman bin Mohd Tumari. Kehadiran barisan pelawat ini bukan sahaja mengeratkan hubungan profesional antarabangsa antara institusi, malah menjadi platform perkongsian ilmu yang amat bermakna buat kedua-dua belah pihak. Lebih manis, kunjungan ini ibarat sirih pulang ke gagang kerana 4 daripada mereka merupakan alumni ITM / UiTM dari Fakulti Pengurusan Maklumat. Menyingkap lipatan sejarah, UTHM telah memulakan perjalanannya sejak tahun 1993 lagi sebagai Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP). Pengiktirafan dan evolusi yang berterusan menyaksikan institusi ini terus berkembang matang sehingga diisytihar secara rasmi sebagai sebuah universiti penuh pada tahun 2007. GTAR dengan penuh takzim menjemput seluruh lapisan komuniti untuk hadir...

Pengarah Kewangan HIT, Zimbabwe Lawat GTAR

Image
Khamis, 18 Jun 2026M | 2 Muharam 1448H Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) berbesar hari menerima kunjungan Mr. Tambaoga Kachambwa dari Harare Institute Of Technology, Zimbabwe. Kedatangan beliau turut diiringi oleh Encik Mohamad Hairi Bin Ramli C.A. (M), Ketua Bahagian Kewangan Pelajar & Endowmen, Jabatan Bendahari serta dua (2) orang staf yang turut bersama dalam sesi lawatan ini. Lawatan berpandu ini dibawa oleh Puan Roszainatul Haizan Binti Rusili, Penolong Pendaftar Kanan. Mr. Tambaoga Kachambwa ialah Pengarah Kewangan di Harare Institute of Technology (HIT), Zimbabwe, yang mempunyai kepakaran serta pengalaman luas dalam bidang pentadbiran kewangan dan kawalan belanjawan korporat. Institusi beliau, iaitu Harare Institute of Technology, merupakan sebuah universiti awam berprestij di Zimbabwe yang memfokuskan kepada penyelidikan, inovasi, serta pengkomersialan teknologi bagi memacu perindustrian negara. Hubungan institusi ini dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) pula diperkukuh mel...

GTAR Santuni Universitas Negeri Malang, Indonesia

Image
 Isnin, 15 Jun 2026M | 29 Zulhijjah 1447H Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) berbesar hari menerima kunjungan Prof Dr Ponimin M Hum dari Universitas Negeri Malang, Indonesia. Kedatangan beliau turut diiringi oleh pelajar dari institusi sama, dan dipandu oleh Noorbaizura Mazlan, Pembantu Pustakawan Kanan.  Prof. Dr. Ponimin, M.Hum. merupakan seorang pakar akademia dan pensyarah kanan dalam bidang seni dan reka bentuk di Universitas Negeri Malang, yang terkenal dengan sumbangan beliau dalam penyelidikan seni seramik dan kebudayaan Indonesia. Institusi beliau, iaitu Universitas Negeri Malang (UM), merupakan sebuah universiti penyelidikan awam terkemuka di Jawa Timur yang memfokuskan kepada kecemerlangan dalam bidang pendidikan, sains, dan inovasi kreatif. Kolaborasi institusi ini bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) diperkukuh melalui perkongsian akademik, projek penyelidikan silang budaya, serta penganjuran pameran seni bersama yang memperkasakan jaringan global kedua-dua univers...

GTAR Rai Kunjungan Istimewa Warga KV Puteri Temerloh

Image
  Isnin, 18 Mei 2026M | 1 Zulhijjah 1447H Galeri Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA telah menerima kunjungan lawatan akademik daripada warga Kolej Vokasional Puteri Temerloh, Pahang pada 18 Mei 2026. Lawatan berimpak tinggi ini merupakan sebahagian daripada aturcara lawatan akademik ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). melibatkan seramai 16 orang murid serta 6 orang pensyarah yang diketuai oleh barisan pengurusan tertinggi kolej tersebut. Mereka turut dibawa melawat ke beberapa lokasi menarik seperti Koleksi Khas JAWI dan Gesturz bagi memperkukuhkan budaya membaca serta pemikiran kritis. Kolej Vokasional Puteri Temerloh merupakan sebuah institusi pendidikan awam di Pahang yang memfokuskan kepada pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khusus dalam bidang kemahiran seperti kosmetologi dan seni reka fesyen. Institusi ini komited dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri negara....

SAMBUTAN HARI MUZIUM ANTARABANGSA 2026

Image
  Muzium dan galeri bukan sekadar tempat menyimpan barangan lama, tetapi berfungsi sebagai institusi dinamik yang menyokong pembangunan negara dari sudut pendidikan, sosial, dan ekonomi. Selain menjadi gedung khazanah warisan dan sejarah, galeri dan muzium juga merupakan pusat kecemerlangan ilmu dan penyelidikan, sekaligus menjadi tumpuan bagi pendidikan tidak formal di UiTM khususnya dan di Malaysia amnya. Sempena sambutan tahun ini, tema "Muzium sebagai Wadah Penyatuan Dunia yang Terpisah" diangkat bagi memperkasakan peranan institusi ilmu dalam masyarakat.  Galeri Tun Abdul Razak turut memainkan peranan penting dengan menyediakan akses kepada dokumentasi sejarah dan pameran interaktif yang menyokong ekosistem pembelajaran ini. Komitmen galeri ini dalam memelihara warisan kepimpinan negara menjadi tunjang utama dalam memartabatkan fungsi muzium sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Dibuka setiap hari bekerja pada jam 9 pagi hingga 5 petang, GTAR mengalu-alukan kehadiran warga U...

KUNJUNGAN TNC HEP KE GTAR

Image
Pucuk manis si daun selasih, Hendak dipetik di tepi perigi; Datang berkunjung dengan kasih, Seri terpancar di ruang galeri. 4 Mac 2026 | 14 Ramadan 1447H Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) hari ini berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada YBhg. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Teknologi MARA. Kunjungan ini turut diiringi oleh YBrs. Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM.  Kunjungan ini bertujuan untuk meninjau koleksi khazanah sejarah universiti serta memperkukuh kerjasama antara Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dan Bahagian Arkib Universiti dalam memartabatkan warisan perjuangan anak bangsa di UiTM. Pengisian lawatan dimulakan dengan sesi imbasan sejarah yang menelusuri garis masa penubuhan UiTM bermula daripada Dewan Latihan RIDA sehingga menjadi universiti terbesar di Malaysia. Sesi diteruskan dengan apresiasi arkib melalui tinjauan pameran khas mengenai tokoh-tokoh peneraju serta sumbangan besar Tun ...

CHERITA ALUMNI: NARATIF TUJUH DEKAD UiTM

Image
  Setiap peristiwa penting yang berlaku di UiTM ada cerita tentang hubungan, perubahan dan prinsip yang telah membentuk kehidupan para alumni. Oleh itu, naskhah Cherita Alumni, yang diterbitkan oleh Jabatan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni, Universiti Teknologi MARA ini merupakan kisah dari kaca mata mereka yang pernah berada dalam institusi ini, bermula dari zaman Dewan Latehan RIDA sehingga hari ini. Kisah-kisah dalam buku ini menunjukkan semangat, kekuatan, dan kejayaan yang telah menentukan sejarah UiTM sepanjang tujuh dekad penubuhannya. Cherita Alumni lebih dari sekadar kisah para alumni. Ia adalah sebuah inspirasi untuk generasi akan datang untuk berani bermimpi dan mengejar impian. Bersama, kita hargai masa silam sambil menyuluh masa depan yang lebih gemilang.  Bahan ini kini dipamerkan di Galeri Tun Abdul Razak (GTAR). 

KUNJUNGAN RITSUMEIKAN UNIVERSITY KE GALERI TUN ABDUL RAZAK

Image
24 Februari 2026M | 6 Ramadan 1447H Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menyambut mesra kunjungan Prof. Dr. Hidehko Kanegae dan Prof. Munenari Inoguchi dari Ritsumeikan University, Jepun. Kunjungan mereka yang diiringi Prof. Madya Dr Marfiah Ab. Wahid dari Institute For Biodiversity And Sustainable Development (IBSD) telah dipandu oleh Cik Noorbaizura Mazlan, Pembantu Pustakawan Kanan.  Universiti Ritsumeikan diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui kedudukan ke-680 dalam QS World University Rankings 2026, menjadikannya universiti swasta ketiga terbaik di Jepun dengan fokus utama pada bidang Hubungan Antarabangsa dan Sains Sosial. Dengan komuniti seramai 35,000 pelajar termasuk ribuan pelajar antarabangsa, universiti ini memainkan peranan penting dalam projek "Top Global University" oleh kerajaan Jepun bagi memupuk inovasi serta keterbukaan akademik yang dinamik. Sebagai pusat ilmu dan penceritaan sejarah, Galeri Tun Abdul Razak mengalu-alukan kehadiran warga UiTM serta komuniti...