GTAR Terima Kunjungan Delegasi Sekretariat MAKMUM Bersama Kepimpinan MASMED
26 Jun 2026M | 10 Muharam 1448H
Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menyambut kedatangan Sekretariat Majlis Keusahawanan Universiti Awam Malaysia (MAKMUM). Kunjungan seramai 8 orang delegasi ini turut diiringi oleh Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Badrul Isa, Penolong Naib Canselor (Keusahawanan). Selain GTAR, delegasi ini turut mengunjungi Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR).
Majlis Keusahawanan Universiti Awam Malaysia (MAKMUM) berfungsi sebagai platform rasmi yang merancang, menyelaraskan, dan memacu agenda pembangunan serta program keusahawanan mahasiswa di peringkat institusi pendidikan tinggi. Majlis ini dianggotai secara strategik oleh Pengarah-Pengarah Pusat Keusahawanan daripada 20 buah Universiti Awam di seluruh Malaysia di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi. Bagi mencapai matlamatnya, MAKMUM memberikan fokus strategik terhadap transformasi minda pelajar menerusi penerapan keusahawanan digital, perusahaan sosial, serta pengkomersialan perniagaan berasaskan inovasi dan teknologi.
Galeri Tun Abdul Razak mengalu-alukan kedatangan warga UiTM dan pelancong antarabangsa untuk menyelami kisah sejarah dan mengenali barisan tokoh hebat yang telah membina identiti pendidikan negara kita.
Comments
Post a Comment