KUNJUNGAN RITSUMEIKAN UNIVERSITY KE GALERI TUN ABDUL RAZAK
Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menyambut mesra kunjungan Prof. Dr. Hidehko Kanegae dan Prof. Munenari Inoguchi dari Ritsumeikan University, Jepun. Kunjungan mereka yang diiringi Prof. Madya Dr Marfiah Ab. Wahid dari Institute For Biodiversity And Sustainable Development (IBSD) telah dipandu oleh Cik Noorbaizura Mazlan, Pembantu Pustakawan Kanan.
Universiti Ritsumeikan diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui kedudukan ke-680 dalam QS World University Rankings 2026, menjadikannya universiti swasta ketiga terbaik di Jepun dengan fokus utama pada bidang Hubungan Antarabangsa dan Sains Sosial. Dengan komuniti seramai 35,000 pelajar termasuk ribuan pelajar antarabangsa, universiti ini memainkan peranan penting dalam projek "Top Global University" oleh kerajaan Jepun bagi memupuk inovasi serta keterbukaan akademik yang dinamik.
Sebagai pusat ilmu dan penceritaan sejarah, Galeri Tun Abdul Razak mengalu-alukan kehadiran warga UiTM serta komuniti tempatan dan antarabangsa untuk mendalami warisan institusi serta mengenali tokoh-tokoh yang telah mencorak landskap pendidikan negara.




Comments
Post a Comment