SAMBUTAN HARI MUZIUM ANTARABANGSA 2026

 


Muzium dan galeri bukan sekadar tempat menyimpan barangan lama, tetapi berfungsi sebagai institusi dinamik yang menyokong pembangunan negara dari sudut pendidikan, sosial, dan ekonomi. Selain menjadi gedung khazanah warisan dan sejarah, galeri dan muzium juga merupakan pusat kecemerlangan ilmu dan penyelidikan, sekaligus menjadi tumpuan bagi pendidikan tidak formal di UiTM khususnya dan di Malaysia amnya. Sempena sambutan tahun ini, tema "Muzium sebagai Wadah Penyatuan Dunia yang Terpisah" diangkat bagi memperkasakan peranan institusi ilmu dalam masyarakat. 

Galeri Tun Abdul Razak turut memainkan peranan penting dengan menyediakan akses kepada dokumentasi sejarah dan pameran interaktif yang menyokong ekosistem pembelajaran ini. Komitmen galeri ini dalam memelihara warisan kepimpinan negara menjadi tunjang utama dalam memartabatkan fungsi muzium sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Dibuka setiap hari bekerja pada jam 9 pagi hingga 5 petang, GTAR mengalu-alukan kehadiran warga UiTM serta komuniti tempatan dan antarabangsa untuk mendalami warisan institusi serta mengenali tokoh-tokoh yang telah mencorak landskap pendidikan negara.



Comments

Popular posts from this blog

KENALI SEJARAH, HARGAI JASA: GTAR TARIK MINAT PELAJAR MAʾAHAD SAS

PELAJAR SK BANDAR ANGGERIK & SMK PUNCAK ALAM TEROKA SEJARAH UiTM DI GTAR