GTAR Terima Kunjungan Delegasi Universitas Negeri Semarang , Indonesia

04 Ogos 2026M | 20 Safar 1448H



Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menyambut kedatangan perwakilan dari Universitas Negeri Semarang. Kunjungan seramai 2 orang delegasi ini turut diiringi oleh wakil daripada Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM) UiTM Shah Alam. Lawatan ini dipandu oleh Noorbaizura Mazlan, Pembantu Pustakawan Kanan.



Universitas Negeri Semarang (UNNES) ialah sebuah Perguruan Tinggi Negeri Berbadan Hukum (PTN-BH) di Indonesia yang berteraskan prinsip "Universitas Konservasi" dalam pendidikan dan kebudayaan. Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA) di UNNES berfokus pada kecemerlangan akademik, penyelidikan, dan inovasi dalam bidang sains, matematik, dan teknologi. Selain itu, FMIPA UNNES aktif menjalinkan kolaborasi penyelidikan dan kerjasama antarabangsa dengan Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Shah Alam merangkumi pelbagai inisiatif akademik.



Sertai kami di Galeri Tun Abdul Razak bagi mempelajari lipatan sejarah dan mengenali tokoh-tokoh utama yang memacu pembangunan pendidikan Malaysia, terbuka buat warga UiTM dan pelawat antarabangsa. 


Comments

Popular posts from this blog

CHERITA ALUMNI: NARATIF TUJUH DEKAD UiTM

KENALI SEJARAH, HARGAI JASA: GTAR TARIK MINAT PELAJAR MAʾAHAD SAS