GTAR Rai Kunjungan Istimewa Warga KV Puteri Temerloh
Isnin, 18 Mei 2026M | 1 Zulhijjah 1447H
Galeri Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA telah menerima
kunjungan lawatan akademik daripada warga Kolej Vokasional Puteri Temerloh,
Pahang pada 18 Mei 2026. Lawatan berimpak tinggi ini merupakan sebahagian
daripada aturcara lawatan akademik ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR).
melibatkan seramai 16 orang murid serta 6 orang pensyarah yang diketuai oleh
barisan pengurusan tertinggi kolej tersebut. Mereka turut dibawa melawat ke
beberapa lokasi menarik seperti Koleksi Khas JAWI dan Gesturz bagi
memperkukuhkan budaya membaca serta pemikiran kritis.
Kolej Vokasional Puteri Temerloh merupakan sebuah institusi pendidikan awam
di Pahang yang memfokuskan kepada pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal
dan Vokasional (TVET) khusus dalam bidang kemahiran seperti kosmetologi dan
seni reka fesyen. Institusi ini komited dalam melahirkan modal insan
berkemahiran tinggi dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri negara.
GTAR dengan penuh takzim menjemput seluruh lapisan komuniti untuk hadir dan
menerokai khazanah warisan yang menanti anda di sini. Kehadiran tuan-tuan dan
puan-puan bukan sahaja penyeri galeri ini, malah menjadi bukti sokongan kita
dalam memelihara sejarah dan impak tokoh demi generasi masa hadapan.
Comments
Post a Comment