Perwakilan Bunkyo Gakuin University, Tokyo Lawat GTAR

7 Ogos 2026M | 23 Safar 1448H



Galeri Tun Abdul Razak menerima kunjungan perwakilan dari Bunkyo Gakuin University, Tokyo, Jepun. Perwakilan seramai 15 orang pelajar dan seorang koordinator turut diiringi oleh rakan pelajar daripada Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Shah Alam. Selain dibawa menelusuri sejarah pembentukan dan pembangunan UiTM yang bermula dari Dewan Latehan RIDA, para pengunjung juga dibawa menyingkap kecemerlangan UiTM sama ada di dalam dan luar negara. 


Bunkyo Gakuin University ialah sebuah universiti swasta terkemuka di Jepun yang diasaskan pada tahun 1924 oleh Ishiko Shimada, dengan kampus utamanya terletak di daerah Bunkyo, Tokyo serta kampus cawangan di Fujimino, Saitama. Institusi ini menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat sarjana muda dan pascasiswazah menerusi empat fakulti utama, iaitu Pengurusan Perniagaan, Pengajian Bahasa Asing, Pengajian Manusia, serta Sains Kesihatan. Berpegang kepada falsafah "Kemerdekaan dan Kewujudan Bersama" (Independence and Co-Existence), universiti ini menekankan pendidikan praktikal dan pendedahan global yang aktif melalui pelbagai program pertukaran pelajar antarabangsa.



GTAR dengan penuh takzim menjemput seluruh lapisan komuniti untuk hadir dan menerokai khazanah warisan yang menanti anda di sini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan bukan sahaja penyeri galeri ini, malah menjadi bukti sokongan kita dalam memelihara sejarah dan impak tokoh demi generasi masa hadapan. 


Comments

Popular posts from this blog

CHERITA ALUMNI: NARATIF TUJUH DEKAD UiTM

KENALI SEJARAH, HARGAI JASA: GTAR TARIK MINAT PELAJAR MAʾAHAD SAS