GTAR Rai Kunjungan Istimewa Warga KV Puteri Temerloh
Isnin, 18 Mei 2026M | 1 Zulhijjah 1447H Galeri Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA telah menerima kunjungan lawatan akademik daripada warga Kolej Vokasional Puteri Temerloh, Pahang pada 18 Mei 2026. Lawatan berimpak tinggi ini merupakan sebahagian daripada aturcara lawatan akademik ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). melibatkan seramai 16 orang murid serta 6 orang pensyarah yang diketuai oleh barisan pengurusan tertinggi kolej tersebut. Mereka turut dibawa melawat ke beberapa lokasi menarik seperti Koleksi Khas JAWI dan Gesturz bagi memperkukuhkan budaya membaca serta pemikiran kritis. Kolej Vokasional Puteri Temerloh merupakan sebuah institusi pendidikan awam di Pahang yang memfokuskan kepada pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khusus dalam bidang kemahiran seperti kosmetologi dan seni reka fesyen. Institusi ini komited dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri negara....