KUNJUNGAN TNC HEP KE GTAR

Pucuk manis si daun selasih,

Hendak dipetik di tepi perigi;

Datang berkunjung dengan kasih,

Seri terpancar di ruang galeri.


4 Mac 2026 | 14 Ramadan 1447H

Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) hari ini berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada YBhg. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Teknologi MARA. Kunjungan ini turut diiringi oleh YBrs. Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM. 


Kunjungan ini bertujuan untuk meninjau koleksi khazanah sejarah universiti serta memperkukuh kerjasama antara Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dan Bahagian Arkib Universiti dalam memartabatkan warisan perjuangan anak bangsa di UiTM.



Pengisian lawatan dimulakan dengan sesi imbasan sejarah yang menelusuri garis masa penubuhan UiTM bermula daripada Dewan Latihan RIDA sehingga menjadi universiti terbesar di Malaysia. Sesi diteruskan dengan apresiasi arkib melalui tinjauan pameran khas mengenai tokoh-tokoh peneraju serta sumbangan besar Tun Abdul Razak dalam memartabatkan pendidikan bumiputera.





Kehadiran YBhg. Prof. TNC HEP memberikan suntikan semangat kepada warga galeri untuk terus memelihara memori korporat universiti agar kekal relevan bagi generasi akan datang.




"Sejarah bukan sekadar catatan masa lalu, tetapi kompas yang memandu kecemerlangan mahasiswa masa hadapan."

Terima kasih YBhg. Prof. atas kesudian meluangkan masa berkunjung ke "Rumah Memori" kami.






Comments

Popular posts from this blog

PELAJAR SK BANDAR ANGGERIK & SMK PUNCAK ALAM TEROKA SEJARAH UiTM DI GTAR