GTAR Terima Kunjungan Hormat Delegasi MPPUiTM Cawangan Pahang
26 Jun 2026M | 10 Muharam 1448H Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menyambut kedatangan delegasi dari Majlis Perwakilan Pelajar, UiTM Cawangan Pahang. Delegasi seramai 9 orang ini dibawa menelusuri sejarah Dewan Latehan RIDA, Maktab MARA, ITM dan UiTM dipandu oleh Noorbaizura binti Mazlan, Pembantu Pustakawan Kanan. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Pahang merupakan badan kepimpinan tertinggi pelajar di peringkat cawangan yang bertindak sebagai medium perantara rasmi antara mahasiswa dari Kampus Jengka dan Kampus Raub dengan pihak pengurusan universiti. Badan ini memikul fungsi dan peranan utama dalam menyalurkan suara serta aduan mahasiswa, di samping memelihara aspek kebajikan fasiliti dan menyelaraskan aktiviti pembangunan sahsiah di peringkat kampus. Bagi mencapai matlamat tersebut, inisiatif dan fokus kepimpinan MPP ditumpukan kepada program cakna kebajikan pelajar, pembentukan graduan yang holistik, serta pemantauan disiplin dan rupa diri pelajar secara berterusan. Se...