Posts

Showing posts from September, 2026

Delegasi Prince of Songkla University Teroka Warisan GTAR

Image
7 September 2026M | 25 Rabiulawal 1448H Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) dengan berbesar hati menerima kunjungan delegasi pelajar dan pegawai dari Prince of Songkla University (PSU), Thailand sempena program mobiliti antarabangsa dan jaringan kerjasama strategik akademik. Program sambutan dan pengurusan lawatan ini diadakan dengan kerjasama rapat Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEPA) UiTM Shah Alam  serta Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) bagi memperkasakan hubungan diplomasi kebudayaan serta pertukaran ilmu rentas sempadan antara kedua-dua institusi pengajian tinggi. Semasa lawatan di GTAR, para delegasi PSU dibawa meneroka khazanah sejarah, warisan kepimpinan, serta lipatan sejarah penubuhan UiTM sejak 7 dekad. Sesi pandu arah ini bukan sahaja memberi pendedahan mendalam mengenai warisan kebangsaan Malaysia, malah menjadi medan dialog akademik dan sosiobudaya yang harmoni antara mahasiswa antarabangsa. Pihak GTAR dan JHEPA UiTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima ...

Peserta Kem Gemilang SPM Yayasan Keluarga Malaysia Diraikan di GTAR

Image
4 September 2026M | 22 Rabiul Awal 1448H Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menerima kunjungan rombongan daripada peserta Kem Gemilang SPM anjuran Yayasan Keluarga Malaysia. Rombongan seramai 60 orang tersebut berada di UiTM Shah Alam selama 4 hari 3 malam bermula 1 hingga 4 September sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada bulan Oktober ini.  Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) merupakan sebuah institusi kebajikan yang dilancarkan pada 23 Oktober 2021 bertujuan memelihara kebajikan serta masa depan anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat pandemik COVID-19. YKM mempunyai visi menjadi organisasi kebajikan terunggul yang menjamin kelangsungan hidup anak-anak sasaran, berserta misi menyediakan bantuan kewangan, sokongan pendidikan berterusan, dan pembangunan sahsiah secara menyeluruh. Bagi tahun 2026, YKM merancang menyalurkan peruntukan dana sebanyak RM5 juta kepada sekurang-kurangnya 1,000 anak yatim terkesan dengan memberi tumpuan khusus kepada ...