CHERITA ALUMNI: NARATIF TUJUH DEKAD UiTM

 


Setiap peristiwa penting yang berlaku di UiTM ada cerita tentang hubungan, perubahan dan prinsip yang telah membentuk kehidupan para alumni. Oleh itu, naskhah Cherita Alumni, yang diterbitkan oleh Jabatan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni, Universiti Teknologi MARA ini merupakan kisah dari kaca mata mereka yang pernah berada dalam institusi ini, bermula dari zaman Dewan Latehan RIDA sehingga hari ini. Kisah-kisah dalam buku ini menunjukkan semangat, kekuatan, dan kejayaan yang telah menentukan sejarah UiTM sepanjang tujuh dekad penubuhannya.

Cherita Alumni lebih dari sekadar kisah para alumni. Ia adalah sebuah inspirasi untuk generasi akan datang untuk berani bermimpi dan mengejar impian. Bersama, kita hargai masa silam sambil menyuluh masa depan yang lebih gemilang. 

Bahan ini kini dipamerkan di Galeri Tun Abdul Razak (GTAR). 


Comments

Popular posts from this blog

PELAJAR SK BANDAR ANGGERIK & SMK PUNCAK ALAM TEROKA SEJARAH UiTM DI GTAR