GTAR Terima Kunjungan Lawatan Penandaarasan Perpustakaan Tunku Tun Aminah (UTHM)

23 Jun 2026M | 7 Muharam 1448H



Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) telah menerima kunjungan lawatan penandaarasan daripada delegasi Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Encik Mohd Noor Hasman bin Mohd Tumari. Kehadiran barisan pelawat ini bukan sahaja mengeratkan hubungan profesional antarabangsa antara institusi, malah menjadi platform perkongsian ilmu yang amat bermakna buat kedua-dua belah pihak. Lebih manis, kunjungan ini ibarat sirih pulang ke gagang kerana 4 daripada mereka merupakan alumni ITM / UiTM dari Fakulti Pengurusan Maklumat.



Menyingkap lipatan sejarah, UTHM telah memulakan perjalanannya sejak tahun 1993 lagi sebagai Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP). Pengiktirafan dan evolusi yang berterusan menyaksikan institusi ini terus berkembang matang sehingga diisytihar secara rasmi sebagai sebuah universiti penuh pada tahun 2007.



GTAR dengan penuh takzim menjemput seluruh lapisan komuniti untuk hadir dan menerokai khazanah warisan yang menanti anda di sini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan bukan sahaja penyeri galeri ini, malah menjadi bukti sokongan kita dalam memelihara sejarah dan impak tokoh demi generasi masa hadapan.


Comments

Popular posts from this blog

CHERITA ALUMNI: NARATIF TUJUH DEKAD UiTM

KENALI SEJARAH, HARGAI JASA: GTAR TARIK MINAT PELAJAR MAʾAHAD SAS