Warga Sekolah Rendah Islam Al-Ummah Chemor Meriahkan GTAR



Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menerima kunjungan seramai 140 orang pelajar, 12 orang guru pengiring dan 8 orang fasilitator daripada Sekolah Rendah Islam Al-Ummah Chemor, Perak. Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada sesi Lawatan Akademik & Pendedahan Dunia Perpustakaan yang turut melibatkan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), dan Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ).


Sekolah Rendah Islam Al-Ummah (SRAR Al-Ummah) Chemor, Perak memberi tumpuan kepada pendidikan Islam yang seimbang dengan kecemerlangan akademik. Matlamat utama SRAR Al-Ummah adalah untuk melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah, berteraskan ajaran Islam. Sekolah ini diuruskan oleh pihak berkuasa agama negeri dan disenaraikan sebagai salah satu Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). 


Sebagai pusat ilmu dan penceritaan sejarah, Galeri Tun Abdul Razak mengalu-alukan kehadiran warga UiTM serta komuniti tempatan dan antarabangsa untuk mendalami warisan institusi serta mengenali tokoh-tokoh yang telah mencorak landskap pendidikan negara.

Comments

Popular posts from this blog

Diskusi Pendigitalan Trofi dan Dokumentasi Pencapaian Pusat Sukan UiTM dengan PTAR