GTAR Terima Kunjungan Pelajar SK Sungai Binjai
26 November 2025M | 05 Jamadilakhir 1447H
Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) telah menerima kunjungan seramai 76 orang pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6, bersama 12 orang guru pengiring daripada Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada Program Literasi Komuniti, yang diadakan bagi memperkasa kemahiran literasi maklumat serta meningkatkan keupayaan bacaan dalam kalangan pelajar sekolah rendah.
Sebagai salah satu sekolah yang tertua di kawasan Meru, SK Sungai Binjai tersohor kerana keunggulannya dalam pelbagai bidang, di mana ia telah mencatatkan pencapaian cemerlang dalam akademik, serta menjadi juara bertahan di peringkat daerah dan negeri dalam aktiviti kokurikulum. Dengan jumlah enrolmen murid yang besar (sekitar 3,000+ pelajar) dan bilangan guru yang ramai, sekolah ini memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan holistik kepada komuniti Klang.
GTAR meraikan warga UiTM dan komuniti setempat dan antarabangsa ke Galeri Tun Abdul Razak untuk tujuan pendidikan, memberikan peluang kepada masyarakat untuk belajar mengenai sejarah dan pencapaian UiTM serta peranan tokoh negara dalam pembangunan pendidikan di Malaysia.
Comments
Post a Comment