Kunjungan Pelawat dari Cavite State University (CVSU), Philippines ke GTAR

 


Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) berbesar hati menerima kunjungan delegasi dari Cavite State University (CVSU), Philippines bersempena Global Engineering Synergy 2025: Malaysia–Philippines International Engineering Mobility Program, sebahagian daripada aktiviti di bawah MoU UiTM–CVSU.


Seramai 22 orang terdiri daripada pelajar dan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), UiTM, serta delegasi CVSU, dipandu oleh Puan Roszainatul Haizan Binti Rusili, Penolong Pendaftar Kanan dari GTAR. Rata-rata pengunjung berasa teruja dengan sejarah dan kecemerlangan yang dipamerkan, yang menjadi kebanggaan UiTM secara amnya. Peluang yang ada digunakan sepenuhnya untuk mengambil gambar dan video untuk kenangan. Delegasi ini turut berkunjung ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), dan Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ)




Sebagai pusat ilmu dan penceritaan sejarah, Galeri Tun Abdul Razak mengalu-alukan kehadiran warga UiTM serta komuniti tempatan dan antarabangsa untuk mendalami warisan institusi serta mengenali tokoh-tokoh yang telah mencorak landskap pendidikan negara.

Comments

Popular posts from this blog

PELAJAR SK BANDAR ANGGERIK & SMK PUNCAK ALAM TEROKA SEJARAH UiTM DI GTAR