KENALI SEJARAH, HARGAI JASA: GTAR TARIK MINAT PELAJAR MAʾAHAD SAS

 




8 Julai 2025 | 12 Muharam 1447H 


Selamat datang kami ucapkan,

Dengan senyuman penuh mesra.

Semoga lawatan bawa kenangan,

Ilmu dan inspirasi sepanjang masa.


Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) meraikan kunjungan delegasi dari Maahad Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Jengka, Pahang. Lawatan delegasi seramai 40 orang termasuk guru pengiring ini merupakan sebahagian daripada slot dalam lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). 


Maʾahad As‑Sultan Ahmad Shah Ad‑Dini, dikenali juga sebagai Maʾahad SAS, mula ditubuhkan pada tahun 1985 dengan nama asal Sekolah Menengah Agama Jengka Pusat (SMAJP). Sebagai salah satu daripada 18 Sekolah Menengah Agama di bawah Jabatan Agama Negeri Pahang, Maʾahad SAS memainkan peranan penting dalam pendidikan agama Islam di peringkat menengah. Sekolah ini bertujuan untuk menyemai kefahaman agama yang kukuh, memupuk akhlak mulia, dan melahirkan murid yang cemerlang dari segi akademik dan kompetensi insaniah. Maʾahad SAS terus berkembang sejak penubuhannya menjadi institusi pendidikan agama yang lengkap dan dihormati — bukan sahaja di Pahang, tetapi juga di mata antarabangsa.


Kehadiran para delegasi disambut dengan penuh keterujaan apabila mereka menyaksikan pelbagai koleksi dan naratif sejarah yang dipamerkan di galeri ini, terutamanya jubah konvokesyen dan pencapaian UiTM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Malah, terdapat dalam kalangan mereka yang mengambil inisiatif merakam video sebagai memori lawatan tersebut.


Sebagai pusat ilmu dan penyebaran maklumat, Galeri Tun Abdul Razak mengalu-alukan kehadiran warga UiTM bersama masyarakat tempatan dan antarabangsa untuk mendalami sejarah institusi ini serta mengenali tokoh yang telah memainkan peranan penting dalam mencorak landskap pendidikan negara.










Comments

Popular posts from this blog

8 Ogos 2024 - Lawatan pegawai Pusat Kokurikulum ke GTAR