KOLABORASI DUA UNIVERSITI: GTAR JADI TUMPUAN PERTEMUAN STRATEGIK AUDIT DALAM UiTM-UPM
20 November 2025 | 29 Jamadilawal 1447H
Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) meraikan kunjungan delegasi dari Bahagian Audit Dalam, Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam rangka Sesi Perkongsian Strategik Bersama Bahagian Audit Dalam UiTM. Delegasi seramai 15 orang ini diketuai oleh Sharul Azman Ramli, Ketua Audit Dalam UPM.
Bahagian Audit Dalam UPM adalah berfungsi secara bebas dan bertanggungjawab secara pentadbiran kepada Naib Canselor dan pelaporan kepada Jawatankuasa Audit UPM (Jawatankuasa di bawah Lembaga Pengarah Universiti). Bahagian ini membuat analisa, penilaian, mengemukakan cadangan, membuat perundingan dan memberikan maklumat kepada pengurusan sama ada di peringkat Pengurusan Universiti ataupun diperingkat Pusat Tanggungjawab bagi membantu mereka menjalankan tanggungjawab secara efektif dan berkesan dan mematuhi peraturan dan tadbir urus yang baik.
GTAR turut mengatur lawatan untuk tujuan pendidikan, memberikan peluang kepada masyarakat untuk belajar mengenai sejarah dan pencapaian UiTM serta peranan tokoh negara dalam pembangunan pendidikan di Malaysia.

Comments
Post a Comment