SESI LAWATAN TAPAK: KOLABORASI BARU DAN PERPUSTAKAAN HASA PERKUKUH OPERASI GALERI

 18 OGOS 2025M | 24 Safar 1447H



Bahagian Arkib Universiti (BARU) telah mengadakan sesi lawatan tapak ke Galeri HASA, Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam, bertujuan untuk konsultasi dan perbincangan lanjut mengenai pelaksanaan operasi di premis Galeri antara BARU dan Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah.


Sebelumnya dikenali sebagai Hospital UiTM Puncak Alam, hospital ini dibuka secara berperingkat sejak 5 April 2021, sebelum dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bersama Raja Permaisuri Agong dan Sultan Selangor pada 23 Julai 2022. Hospital ini menawarkan perkhidmatan klinikal dan perkhidmatan Pakar. Sejak dibuka, Hospital ini menerima pelbagai pencapaian membanggakan antaranya pensijilan penuh Malaysian Society for Quality in Health (MSQH), Hospital Rakan Bayi, Hospital Mesra Ibadah (HMI) dan pelbagai pencapaian lain. 








Sesi lawatan tapak berlangsung pada 18 Ogos 2025 di Perpustakaan Tun Abdul Razak, HASA diketuai, Encik Ahmad Amiri Bin Mohamad (Pengarah Bahagian Arkib Universiti), Puan Siti Salwa Binti Ab.Rahman (Pustakawan Kanan), Puan Roszainatul Haizan Binti Rusili (Penolong Pendaftar Kanan) dan Cik Noorbaizura Binti Mazlan (Pembantu Pustakawan Kanan) serta wakil dari Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah, Puan Noor Azlin Binti Abdullah, (Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP)), Fasihah Binti Abdul Wahab (Kerani), dan Maizatul Akmal Binti Sidik (Kerani).


#uitm 

#perpustakaanuitm

#GaleriTunAbdulRazak

#GTAR


Comments

Popular posts from this blog

Diskusi Pendigitalan Trofi dan Dokumentasi Pencapaian Pusat Sukan UiTM dengan PTAR