GALERI TUN ABDUL RAZAK TERIMA KUNJUNGAN PROFESSOR DR. CHUNG-YEN KUO DARI TAIWAN
21 OGOS 2025 | 27 Safar 1557H
Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menerima kunjungan Professor Dr. Chung Yen Kuo dari National Cheng Kung University, Taiwan, Republic of China. Kunjungan ini merupakan salah satu slot dalam program Lawatan Pemeriksa Luar tahun 2025. Beliau turut diiringi staf Fakulti Alam Bina dan Pn Hanani dari PTAR Alam Bina, UiTM.
Profesor Dr. Chung‑Yen Kuo ialah seorang ahli akademik terkemuka dari Jabatan Geomatik, National Cheng Kung University. Beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Geodetik daripada Ohio State University pada tahun 2005. Sejak tahun 2006, beliau telah memulakan kerjayanya di NCKU, bermula sebagai pensyarah kanan (Assistant Professor), kemudian naik pangkat kepada profesor bersekutu (Associate Professor) pada 2011, dan kini menyandang jawatan Profesor sepenuh masa dalam bidang Geomatik . Beliau terkenal dengan sumbangan penyelidikan dalam geodesi dan perubahan paras laut (sea level change), serta peneraju pelbagai projek penyelidikan antaranya memantau perubahan paras laut dan pergerakan permukaan di rantau barat daya Taiwan. Selain itu, beliau turut memimpin penyelidikan menggunakan teknologi GNSS dan teknik geodetik untuk memahami impak perubahan iklim terhadap bentuk muka bumi dan sistem air laut, selari dengan usaha pembangunan lestari (SDGs) di peringkat global.
Sebagai pusat ilmu dan penceritaan sejarah, Galeri Tun Abdul Razak mengalu-alukan kehadiran warga UiTM serta komuniti tempatan dan antarabangsa untuk mendalami warisan institusi serta mengenali tokoh-tokoh yang telah mencorak landskap pendidikan negara.
#uitm
#perpustakaanuitm
#GaleriTunAbdulRazak
#GTAR
Comments
Post a Comment