KUNJUNGAN PENGERUSI LPU UiTM KE GALERI TUN ABDUL RAZAK
15 Julai 2025 | 19 Muharam 1447 H - Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menyambut mesra kedatangan YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Khamil bin Jamil, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM hari ini, diiringi oleh Dr. Ridzuan bin Ahmad dari Jabatan Pendaftar. Dalam kunjungan singkat ini, Tan Sri telah menelusuri senarai Tokoh Penggerak dan Pengasas UiTM serta Profil Tun Abdul Razak yang dipamerkan di sini.
YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Khamil bin Jamil berkelulusan Bachelor of Law University of London School of Administration and Law, ITM Shah Alam memiliki pengalaman luas dalam dunia korporat dan pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad selama sepuluh (10) tahun dari tahun 2006. Beliau seterusnya dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif DRB-HICOM Berhad, Pos Malaysia Berhad dan Proton Holdings Berhad sepanjang tempoh 2016 hingga 2018.
Selain itu, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Khamil bin Jamil juga bukanlah figura baharu dalam dunia pendidikan tinggi negara. Semasa berkhidmat di DRB-HICOM Berhad, beliau pernah menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pro-Canselor DRB-HICOM University of Automotive Malaysia. Selain itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dari tahun 2013 hingga 2014 dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dari tahun 2014 hingga 2016.
Sebagai pusat ilmu dan penceritaan sejarah, Galeri Tun Abdul Razak mengalu-alukan kehadiran warga UiTM serta komuniti tempatan dan antarabangsa untuk mendalami warisan institusi serta mengenali tokoh-tokoh yang telah mencorak landskap pendidikan negara.
#uitm
#perpustakaanuitm
#GaleriTunAbdulRazak
#GTAR
Comments
Post a Comment