DARI RIAU KE SHAH ALAM: UNILAK HAYATI LEGASI UITM DI GTAR
Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) meraikan kunjungan delegasi Universitas Lancang Kuning (UNILAK) pada 2 Julai 2025. Delegasi seramai 109 orang ini turut melawat Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ).
Universitas Lancang Kuning (UNILAK) merupakan sebuah universiti swasta terkemuka yang terletak di Pekanbaru, Riau, Indonesia. Ditubuhkan pada tahun 1982 oleh Yayasan Pendidikan Raja Ali Haji, UNILAK lahir dengan visi untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan melahirkan graduan yang berdaya saing serta berintegriti tinggi, khususnya dalam membangunkan sumber manusia di wilayah Riau dan sekitarnya.
UNILAK telah menempatkan dirinya dalam Kluster Utama institusi pengajian tinggi Indonesia, menurut klasifikasi terkini Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan (KEMENDIKBUD). Selain itu, universiti ini aktif menjalin kerjasama strategik dengan institusi dalam dan luar negara, termasuk universiti ternama di Malaysia dan Singapura.
Rata-rata mereka teruja melihat koleksi dan pengkisahan sejarah yang dipaparkan di galeri ini, terutamanya koleksi jubah konvokesyen dan pencapaian UiTM di peringkat tempatan dan antarabangsa, malah ada di antara mereka yang berswafoto dan membuat video pendek di sini.
Kami meraikan dan mengalu-alukan warga UiTM dan komuniti setempat dan antarabangsa ke Galeri Tun Abdul Razak untuk tujuan pendidikan, memberikan peluang kepada masyarakat untuk belajar mengenai sejarah dan pencapaian UiTM serta peranan tokoh negara dalam pembangunan pendidikan di Malaysia.
Comments
Post a Comment