MENYANTUNI WARISAN : GTAR SAMBUT ASWARA
Galeri Tun Abdul Razak menerima kunjungan delegasi daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada 11 Jun 2025. Kunjungan ni merupakan sebahagian daripada aturcara Program Kunjungan Hormat ASWARA ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UiTM Shah Alam Delegasi seramai 25 orang ini terdiri daripada barisan pentadbir dan wakil pelajar ASWARA.
ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian dalam bidang seni kreatif yang didokongi sepenuhnya oleh kerajaan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, la merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyedia dan menawarkan pengajian yang berteraskan seni tradisi Malaysia serta memiliki gabungan tenaga akademik, karyawan dan penggiat seni yang berkualiti dari segi kemahiran, keilmuan, teori dan praktikal sebagai tenaga pengajar.
GTAR meraikan warga UiTM dan komuniti setempat dan antarabangsa ke Galeri Tun Abdul Razak untuk tujuan pendidikan, memberikan peluang kepada masyarakat untuk belajar mengenai sejarah dan pencapaian UiTM serta peranan tokoh negara dalam pembangunan pendidikan di Malaysia.
#uitm
#perpustakaanuitm
#GaleriTunAbdulRazak
#GTAR
Comments
Post a Comment