KUNJUNGAN IKON ALUMNI UiTM KE GTAR : QOBIN & AMAR BAHARIN KONGSI INSPIRASI

Galeri Tun Abdul Razak menerima kunjungan istimewa Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarudin dan Amar Baharin yang merupakan alumni UiTM, masing-masing dari Fakulti Sains Sukan dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Lawatan ini merupakan acara selingan selepas mereka terlibat dalam rakaman  podcast Zaman Now, anjuran Persekutuan Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarudin menempa sejarah pada 16 Mei 2004 apabila beliau bersama Ahmad Redzuan Rozali menjadi pendaki termuda sekaligus anak Melayu pertama berjaya menawan puncak Gunung Everest. Beliau terus mengharumkan nama negara apabila menjadi pendaki Grand Slam pertama dari Malaysia.

Sebagai seorang pelakon, nama Amar Baharin mula dikenali apabila bakatnya dikesan dalam satu program pencarian bakat. Beliau aktif dalam lakonan drama, telefilem dan pementasan teater. Beliau juga aktif bersenam terutamanya berbasikal bersama sahabatnya. 

Baru-baru ini, nama mereka berdua sekali lagi meniti di bibir masyarakat Malaysia apabila memulakan ekspedisi berbasikal ke Tanah Suci Mekah bermula 27 April hingga 30 Mei 2025. Misi ini bukan untuk mencipta rekod, namun ia merupakan impian mereka untuk mengembara ke Mekah melalui jalan darat.

GTAR meraikan warga UiTM dan komuniti setempat dan antarabangsa ke Galeri Tun Abdul Razak untuk tujuan pendidikan, memberikan peluang kepada masyarakat untuk belajar mengenai sejarah dan pencapaian UiTM serta peranan tokoh negara dalam pembangunan pendidikan di Malaysia.


Comments

Popular posts from this blog

Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa : Mantan Naib Canselor UiTM Siri 1