Popular posts from this blog
Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa : Mantan Naib Canselor UiTM Siri 1
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) dengan Kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan rakaman Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa : Mantan Naib Canselor UiTM. Siri pertama program ini telah mendatangkan Prof. Madya Dato' Dr Haji Mohd Mansor Haji Salleh, mantan pengarah Institut Teknologi MARA kelima dan Professor Datuk Dr Mizan Hitam, Penolong Naib Canselor, Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan sebagai panel, dengan Dr. Khairudin Murad sebagai moderator. YBrs. Encik Mustaffa Kamil Ayub, ahli Lembaga Pengarah UiTM turut hadir sebagai tetamu dalam program ini. Program ini akan diadakan secara bersiri bermula 24 Julai 2024 sehingga penghujung Ogos 2024. Pihak GTAR berbesar hati menjadi lokasi rakaman program kali ini.
8 Ogos 2024 - Lawatan pegawai Pusat Kokurikulum ke GTAR
Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) berbesar hati menerima lawatan oleh pihak Pusat Kokurikulum, UiTM Shah Alam. Seramai 14 orang pegawai dari pelbagai cawangan, yang sedang dalam rangka kursus dalaman anjuran Pusat Kokurikulum. Pengarah Pusat Kokurikulum, Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Hajar Hasrol Jono turut berbesar hati menyertai lawatan ini. Lawatan di Galeri Tun Abdul Razak dikendalikan oleh Puan Roszainatul Haizan Binti Rusili, Penolong Pendaftar Kanan, dibantu oleh Encik Harun Al-Rashid Bin Bahrin, Penolong Kurator Kanan dan Cik Noorbaizura Binti Mazlan, Pembantu Pustakawan Kanan.
Comments
Post a Comment