Diskusi Pendigitalan Trofi dan Dokumentasi Pencapaian Pusat Sukan UiTM dengan PTAR
Diskusi Pendigitalan Trofi dan Dokumentasi Pencapaian Pusat Sukan UiTM dengan PTAR telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Arkib Universiti (BARU), Perpustakaan Tun Abdul Razak, Blok F, Kompleks Kenanga, UiTM Shah Alam pada 8 Januari 2025 (Rabu) mulai jam 3:00 hingga 5:00 petang.
Kehadiran diskusi adalah melibatkan Bahagian Arkib Universiti (BARU) dan Bahagian Perpustakaan Digital (BPDI) iaitu:
1. Encik Ahamad Zuber Mohamed, Pengarah BARU (selaku Pengerusi)
2. Encik Arshad Bujang, Pengarah BPDI
3. Encik Mohd.Izwan Salim, Pustakawan Kanan BPDI
4. Encik Mohd Alfarabie Mohd Nasir, Pustakawan Kanan BARU selaku menjalankan tugas Ketua Unit Pengurusan Arkib
5. Encik Asraf Zamani Hazim, Pustakawan BPDI
Comments
Post a Comment