Posts

Showing posts from 2025

Kunjungan Pelawat dari Cavite State University (CVSU), Philippines ke GTAR

Image
  Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) berbesar hati menerima kunjungan delegasi dari Cavite State University (CVSU), Philippines bersempena Global Engineering Synergy 2025: Malaysia–Philippines International Engineering Mobility Program, sebahagian daripada aktiviti di bawah MoU UiTM–CVSU. Seramai 22 orang terdiri daripada pelajar dan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), UiTM, serta delegasi CVSU, dipandu oleh Puan Roszainatul Haizan Binti Rusili, Penolong Pendaftar Kanan dari GTAR. Rata-rata pengunjung berasa teruja dengan sejarah dan kecemerlangan yang dipamerkan, yang menjadi kebanggaan UiTM secara amnya. Peluang yang ada digunakan sepenuhnya untuk mengambil gambar dan video untuk kenangan. Delegasi ini turut berkunjung ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), dan Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ) Sebagai pusat ilmu dan penceritaan sejarah, Galeri Tun Abdul Razak mengalu-alukan kehadiran warga UiTM serta komuniti tempatan dan antarabangsa untuk mendalami warisan instit...

GTAR Terima Kunjungan Pelajar SK Sungai Binjai

Image
  26 November 2025M | 05 Jamadilakhir 1447H Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) telah menerima kunjungan seramai 76 orang pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6, bersama 12 orang guru pengiring daripada Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada Program Literasi Komuniti, yang diadakan bagi memperkasa kemahiran literasi maklumat serta meningkatkan keupayaan bacaan dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Sebagai salah satu sekolah yang tertua di kawasan Meru, SK Sungai Binjai tersohor kerana keunggulannya dalam pelbagai bidang, di mana ia telah mencatatkan pencapaian cemerlang dalam akademik, serta menjadi juara bertahan di peringkat daerah dan negeri dalam aktiviti kokurikulum. Dengan jumlah enrolmen murid yang besar (sekitar 3,000+ pelajar) dan bilangan guru yang ramai, sekolah ini memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan holistik kepada komuniti Klang. GTAR meraikan warga UiTM dan komuniti setempat dan antarabangsa ke Galeri Tun Abdul Razak untuk t...

Warga Sekolah Rendah Islam Al-Ummah Chemor Meriahkan GTAR

Image
Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menerima kunjungan seramai 140 orang pelajar, 12 orang guru pengiring dan 8 orang fasilitator daripada Sekolah Rendah Islam Al-Ummah Chemor, Perak. Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada sesi Lawatan Akademik & Pendedahan Dunia Perpustakaan yang turut melibatkan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), dan Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ). Sekolah Rendah Islam Al-Ummah (SRAR Al-Ummah) Chemor, Perak memberi tumpuan kepada pendidikan Islam yang seimbang dengan kecemerlangan akademik. Matlamat utama SRAR Al-Ummah adalah untuk melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah, berteraskan ajaran Islam. Sekolah ini diuruskan oleh pihak berkuasa agama negeri dan disenaraikan sebagai salah satu Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).  Sebagai pusat ilmu dan penceritaan sejarah, Galeri Tun Abdul Razak mengalu-alukan kehadiran warga UiTM serta komuniti tempatan dan antarabangsa untuk...

KOLABORASI DUA UNIVERSITI: GTAR JADI TUMPUAN PERTEMUAN STRATEGIK AUDIT DALAM UiTM-UPM

Image
  20 November 2025 | 29 Jamadilawal 1447H Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) meraikan kunjungan delegasi dari Bahagian Audit Dalam, Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam rangka Sesi Perkongsian Strategik Bersama Bahagian Audit Dalam UiTM. Delegasi seramai 15 orang ini diketuai oleh Sharul Azman Ramli, Ketua Audit Dalam UPM.  Bahagian Audit Dalam UPM adalah berfungsi secara bebas dan bertanggungjawab secara pentadbiran kepada Naib Canselor dan pelaporan kepada Jawatankuasa Audit UPM (Jawatankuasa di bawah Lembaga Pengarah Universiti). Bahagian ini membuat analisa, penilaian, mengemukakan cadangan, membuat perundingan dan memberikan maklumat kepada pengurusan sama ada di peringkat Pengurusan Universiti ataupun diperingkat Pusat Tanggungjawab bagi membantu mereka menjalankan tanggungjawab secara efektif dan berkesan dan mematuhi peraturan dan tadbir urus yang baik. GTAR turut mengatur lawatan untuk tujuan pendidikan, memberikan peluang kepada masyarakat untuk belajar mengenai sejarah ...

PAMERAN MAYA OKT 2025 - FAKULTI SAINS GUNAAN

  PAMERAN MAYA GTAR 2025 - FAKULTI SAINS GUNAAN by GTAR UiTM

PASUKAN LUMBA KERETA SOLAR UITM ECOPHOTON

Image
Pada 23 Ogos 2019, satu lagi sejarah terlakar apabila Pasukan UiTM EcoPhoton telah melancarkan kereta solar ketiga yang diberi nama Tigris. Kereta ini dilancarkan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal; Prof. Ir. Dr. Hj. Mohammad Azmi Ayub, Timbalan Dekan HEP; Prof. Madya Dr. M. Azman Yahaya, Timbalan Dekan ICAN; Prof Madya Dr. M. Hussain Ismail, Penasihat Utama; Ir. Ts. Dr. Azli Abd Razak, serta wakil-wakil penaja projek kereta solar ini.  Sejak ditubuhkan pada tahun 2014, Pasukan Lumba Solar UiTM EcoPhoton daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal menyasarkan untuk membangunkan kenderaan solar elektrik berefisien tinggi untuk bersaing dengan pasukan antarabangsa lain di acara dwitahunan Bridgestone World Solar Challenge.  Penaja utama program ini bermula daripada generasi pertama pada tahun 2014 hingga 2015 dengan sokongan Proton Berhad. Seterusnya, generasi kedua pada tahun 2016 hingga 2017 menyaksikan penglibatan lebih meluas daripada UiTM Holdings, Ranhill, Malakoff, Pek...

GALERI TUN ABDUL RAZAK TERIMA KUNJUNGAN PROFESSOR DR. CHUNG-YEN KUO DARI TAIWAN

Image
 21 OGOS 2025 | 27 Safar 1557H Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menerima kunjungan Professor Dr. Chung Yen Kuo dari National Cheng Kung University, Taiwan, Republic of China. Kunjungan ini merupakan salah satu slot dalam program Lawatan Pemeriksa Luar tahun 2025. Beliau turut diiringi staf Fakulti Alam Bina dan Pn Hanani dari PTAR Alam Bina, UiTM.  Profesor Dr. Chung‑Yen Kuo ialah seorang ahli akademik terkemuka dari Jabatan Geomatik, National Cheng Kung University. Beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Geodetik daripada Ohio State University pada tahun 2005. Sejak tahun 2006, beliau telah memulakan kerjayanya di NCKU, bermula sebagai pensyarah kanan (Assistant Professor), kemudian naik pangkat kepada profesor bersekutu (Associate Professor) pada 2011, dan kini menyandang jawatan Profesor sepenuh masa dalam bidang Geomatik . Beliau terkenal dengan sumbangan penyelidikan dalam geodesi dan perubahan paras laut (sea level change), serta peneraju pelbagai proje...

SESI LAWATAN TAPAK: KOLABORASI BARU DAN PERPUSTAKAAN HASA PERKUKUH OPERASI GALERI

Image
 18 OGOS 2025M | 24 Safar 1447H Bahagian Arkib Universiti (BARU) telah mengadakan sesi lawatan tapak ke Galeri HASA, Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam, bertujuan untuk konsultasi dan perbincangan lanjut mengenai pelaksanaan operasi di premis Galeri antara BARU dan Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah. Sebelumnya dikenali sebagai Hospital UiTM Puncak Alam, hospital ini dibuka secara berperingkat sejak 5 April 2021, sebelum dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bersama Raja Permaisuri Agong dan Sultan Selangor pada 23 Julai 2022. Hospital ini menawarkan perkhidmatan klinikal dan perkhidmatan Pakar. Sejak dibuka, Hospital ini menerima pelbagai pencapaian membanggakan antaranya pensijilan penuh Malaysian Society for Quality in Health (MSQH), Hospital Rakan Bayi, Hospital Mesra Ibadah (HMI) dan pelbagai pencapaian lain.  Sesi lawatan ta...

GALERI TUN ABDUL RAZAK SAMBUT KUNJUNGAN MAHASISWA UNIVERSITI GADJAH MADA

Image
  11 OGOS 2025M | 17 Safar 1447H Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menerima kunjungan 15 orang mahasiswa dari Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia. Mereka teruja melihat koleksi dan pengkisahan sejarah yang dipaparkan di galeri ini, terutamanya koleksi jubah konvokesyen dan pencapaian UiTM di peringkat tempatan dan  antarabangsa.  Universiti Gadjah Mada (UGM) merupakan salah satu universiti awam tertua dan terbesar di Indonesia, terletak di Yogyakarta. Ditubuhkan pada 19 Disember 1949, institusi ini menjadi simbol kebangkitan pendidikan tinggi Indonesia selepas kemerdekaan pada 1945. Mempunyai 18 fakulti, sebuah sekolah vokasional dan sebuah sekolah pascasiswazah, UGM juga terkenal dengan aktiviti penyelidikan dan kerjasama antarabangsa termasuk dengan UiTM. Sebagai pusat ilmu dan penceritaan sejarah, Galeri Tun Abdul Razak mengalu-alukan kehadiran warga UiTM serta komuniti tempatan dan antarabangsa untuk mendalami warisan institusi serta mengenali tokoh-tokoh yang t...

DELEGASI PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA LAWAT GALERI TUN ABDUL RAZAK

Image
  06 Ogos 2025 | 12 Safar 1447H - Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menerima kunjungan delegasi dari Perpustakaan Negara Malaysia. Kunjungan mereka adalah sebahagian daripada slot dalam program Kursus Reka Bentuk Kandungan Digital Interaktif Untuk Perpustakaan yang diadakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) pada 5-7 Ogos 2025. Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) adalah institusi penting yang bertanggungjawab memelihara warisan intelek negara. Ditubuhkan pada tahun 1956, peranannya termasuk mengumpul dan mendokumentasikan semua bahan penerbitan yang diterbitkan di Malaysia, seperti buku, majalah, dan manuskrip, menjadikannya repositori utama ilmu pengetahuan negara. Selain itu, PNM juga menyediakan pelbagai perkhidmatan perpustakaan kepada umum, termasuk peminjaman buku, rujukan, dan kemudahan penyelidikan. Institusi ini juga aktif dalam menggalakkan budaya membaca di kalangan rakyat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti pameran buku dan bengkel. Bangunan utamanya di Jalan ...