Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa : Mantan Naib Canselor UiTM Siri 4

 


Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) dengan Kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan rakaman Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa : Mantan Naib Canselor UiTM. Siri keempat program ini telah mendatangkan Profesor Emeritus Datuk Dr. Mohd Azraai Kassin, mantan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA kelima serta dimudahcara oleh Encik Zulkipli Bakar (Mantan Pengarah Kanan Jabatan Komunikasi UiTM) dan ⁠Dr. Norzizi Zulkifli (Ketua Pengajian Seni Persembahan, Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM).


Turut hadir adalah Prof. Dr. Amer Shakir Zainol (Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa), Prof. Dr. Azizan Bin Abdullah (Mantan Timbalan Naib Canselor (HEP), Prof. Dr. Abdul Rahman Omar dan pegawai-pegawai yang pernah berkhidmat bersama beliau.





Program ini diadakan secara bersiri bermula 24 Julai 2024 sehingga penghujung Ogos 2024. Pihak GTAR berbesar hati menjadi lokasi rakaman program kali ini. 

Comments

Popular posts from this blog

Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa : Mantan Naib Canselor UiTM Siri 1