3 Ogos 2024 - Lawatan Ke GTAR Sempena Program Literasi Maklumat PTAR dan SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak


Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) telah menerima pelawat dari SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak pada 3 Ogos 2024. Lawatan ini merupakan salah satu daripada aktiviti dalam program Literasi Maklumat di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Lawatan ini terdiri daripada 37 orang pengawas sekolah tingkatan 3 dan 4 serta diiringi 4 orang guru. 


Lawatan di Galeri Tun Abdul Razak dikendalikan oleh  Puan Roszainatul Haizan Binti Rusili, Penolong Pendaftar Kanan dan dibantu oleh Cik Noorbaizura Binti Mazlan, Pembantu Pustakawan Kanan. Rata-rata pelajar berasa seronok melihat koleksi yang dipamerkan di GTAR. Mereka juga teruja mendengar kisah di sebalik bahan yang dipamerkan, yang menjadi suntikan motivasi kepada para pelajar.









Pihak GTAR berasa bangga menjadi sebahagian daripada program Literasi Maklumat ini. 

Comments

Popular posts from this blog

Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa : Mantan Naib Canselor UiTM Siri 1