Sesi Lawatan Dari Tenaga Pendidik, Bangsamoro Selatan Filipina




Lawatan kerja Delegasi Tenaga Pendidik dari Bangsamoro, Selatan Filipina anjuran Kursi Institusi Raja-Raja Melayu (KIRRM) melalui Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Antarabangsa telah melawat ke Galeri Tun Abdul Razak (GTAR), Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam pada 18 September 2019 (Rabu) jam 11:00 pagi.

Lawatan ini telah disambut oleh Puan Roszainatul Haizan; Kurator Kanan Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) bersama staf GTAR dan juga staf Perpustakaan Tun Abdul Razak. Ianya disertai seramai 16 orang tenaga pendidik dari Bangsamoro, Selatan Filipina bersama 2 orang wakil pensyarah dari IPG Kampus Bahasa Antarabangsa dan 4 orang wakil dari KIRRM.




Matlamat utama lawatan delegasi ini ke UiTM adalah bagi berkongsi ilmu, pengalaman dan bertukar pandangan khususnya berkaitan sistem pendidikan, bahasa dan budaya di Malaysia.

Di GTAR sesi lawatan dimulakan dengan tayangan video korporat UiTM dan disusuli dengan lawatan di keseluruhan ruang pameran termasuk sudut Istiadat Konvokesyen, ruang Diorama Everest dan Antartika dan juga pendedahan kepada sejarah Tun Abdul Razak. Di akhir lawatan, sesi fotografi diadakan bersama kunjungan lawatan tersebut.












Comments