Malaysia Museology 2nd Series Workshop @ Jabatan Muzium Malaysia (JMM)







Melalui Jawatankuasa Muzium & Galeri Universiti Malaysia (MyMuse), UiTM iaitu Galeri Tun Abdul Razak (GTAR), Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak telah dijemput untuk menyertai Malaysia Museology 2nd Series Workshop pada 9 hingga 12 September 2019 (Isnin hingga Khamis) di Jabatan Muzium Malasyia (JMM).

GTAR telah mencalonkan seorang staf iaitu Roszainatul Haizan Binti Rusili; Kurator Kanan untuk mempelajari dan menambah ilmu pengetahuan terutamanya dalam subjek pilihan iaitu Museum Learning. Speaker daripada Durham University, England yang telah mengajar bagi Museum Learning ialah terdiri daripada Dr. Mark Manuel (Research Fellow), Rachel Barclay (Curator), John Roxborough (Learning Officer) dan Charlotte Spink (Access and Community Engagement Officer). 

Di dalam bengkel ini peserta mempelajari banyak ilmu mengenai permuziuman tentang komuniti, sekolah, kanak-kanak, universiti, special needs dan juga warga tua. Peserta di dalam kumpulan diminta untuk memilih ruang pameran di Muzium Negara serta bina soalan untuk kanak-kanak berdasarkan artifak yang dipilih. 

Di samping itu, peserta mempelajari teknik untuk mendapatkan perhatian kanak-kanak di muzium iaitu speaker telah menunjukkan cara story telling termasuk menyanyikan lagu beserta menggunakan prop.

Bengkel ini juga terkandung aktiviti site visit ke Royal Museum untuk melihat “Pameran Raja Kita” dan Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN). Di sini, peserta dapat melihat pameran secara lebih dekat sambil diberi penerangan yang jelas. Di akhir bengkel, speaker Ratnawati Sari Mohamad Amin (Perpustakaan Universiti Malaya) telah menyampaikan tajuk Copyright Practices and Challenges of Museums.

Secara keseluruhannya, bengkel ini amat bermanfaat kepada peserta yang bertugas dalam institusi permuziuman dan boleh diterapkan dalam kerja seharian di galeri. 

Speaker iaitu Kurator; University of Durham, England

Taklimat ringkas oleh staf LPSVN

Di Muzium Diraja

Kurator GTAR (2 daripada kiri) bersama speaker dan peserta



Comments