Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa : Mantan Naib Canselor UiTM Siri 1

 





Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) dengan Kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan rakaman Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa : Mantan Naib Canselor UiTM. Siri pertama program ini telah mendatangkan Prof. Madya Dato' Dr Haji Mohd Mansor Haji Salleh, mantan pengarah Institut Teknologi MARA kelima dan Professor Datuk Dr Mizan Hitam, Penolong Naib Canselor, Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan sebagai panel, dengan Dr. Khairudin Murad sebagai moderator. YBrs. Encik Mustaffa Kamil Ayub, ahli Lembaga Pengarah UiTM turut hadir sebagai tetamu dalam program ini. 












Program ini akan diadakan secara bersiri bermula 24 Julai 2024 sehingga penghujung Ogos 2024. Pihak GTAR berbesar hati menjadi lokasi rakaman program kali ini. 

Comments