Popular posts from this blog
PELAJAR SK BANDAR ANGGERIK & SMK PUNCAK ALAM TEROKA SEJARAH UiTM DI GTAR
Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) meraikan kunjungan pelajar dari SK Bandar Anggerik dan SMK Puncak Alam pada 3 Julai 2025. Lawatan ini merupakan salah satu slot dalam program Program Geospatial Innovation Festival (Geo-Fest) 2025. Program Geospatial Innovation Festival (Geo-Fest) 2025 merupakan program anjuran Pusat Pengajian Sains Ukur dan Geomatik, UiTM Shah Alam dan berlangsung di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya Pameran Instrumen Ukur Geomatik, Pameran Sistem Inovasi, Peta dan Kajian Pelajar dan banyak lagi. Rata-rata pelajar dan guru pengiring teruja melihat koleksi dan pengkisahan sejarah yang dipaparkan di galeri ini, terutamanya koleksi jubah konvokesyen dan pencapaian UiTM di peringkat tempatan dan antarabangsa, malah ada di antara mereka yang berswafoto di sini. Kami meraikan dan mengalu-alukan warga UiTM dan komuniti setempat dan antarabangsa ke Galeri Tun Abdul Razak untuk tujuan pendidikan, memberikan peluang kepada...
KENALI SEJARAH, HARGAI JASA: GTAR TARIK MINAT PELAJAR MAʾAHAD SAS
8 Julai 2025 | 12 Muharam 1447H Selamat datang kami ucapkan, Dengan senyuman penuh mesra. Semoga lawatan bawa kenangan, Ilmu dan inspirasi sepanjang masa. Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) meraikan kunjungan delegasi dari Maahad Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Jengka, Pahang. Lawatan delegasi seramai 40 orang termasuk guru pengiring ini merupakan sebahagian daripada slot dalam lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Maʾahad As‑Sultan Ahmad Shah Ad‑Dini, dikenali juga sebagai Maʾahad SAS, mula ditubuhkan pada tahun 1985 dengan nama asal Sekolah Menengah Agama Jengka Pusat (SMAJP). Sebagai salah satu daripada 18 Sekolah Menengah Agama di bawah Jabatan Agama Negeri Pahang, Maʾahad SAS memainkan peranan penting dalam pendidikan agama Islam di peringkat menengah. Sekolah ini bertujuan untuk menyemai kefahaman agama yang kukuh, memupuk akhlak mulia, dan melahirkan murid yang cemerlang dari segi akademik dan kompetensi insaniah. Maʾahad SAS terus berkembang sej...















Comments
Post a Comment