Popular posts from this blog
CHERITA ALUMNI: NARATIF TUJUH DEKAD UiTM
Setiap peristiwa penting yang berlaku di UiTM ada cerita tentang hubungan, perubahan dan prinsip yang telah membentuk kehidupan para alumni. Oleh itu, naskhah Cherita Alumni, yang diterbitkan oleh Jabatan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni, Universiti Teknologi MARA ini merupakan kisah dari kaca mata mereka yang pernah berada dalam institusi ini, bermula dari zaman Dewan Latehan RIDA sehingga hari ini. Kisah-kisah dalam buku ini menunjukkan semangat, kekuatan, dan kejayaan yang telah menentukan sejarah UiTM sepanjang tujuh dekad penubuhannya. Cherita Alumni lebih dari sekadar kisah para alumni. Ia adalah sebuah inspirasi untuk generasi akan datang untuk berani bermimpi dan mengejar impian. Bersama, kita hargai masa silam sambil menyuluh masa depan yang lebih gemilang. Bahan ini kini dipamerkan di Galeri Tun Abdul Razak (GTAR).
KENALI SEJARAH, HARGAI JASA: GTAR TARIK MINAT PELAJAR MAʾAHAD SAS
8 Julai 2025 | 12 Muharam 1447H Selamat datang kami ucapkan, Dengan senyuman penuh mesra. Semoga lawatan bawa kenangan, Ilmu dan inspirasi sepanjang masa. Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) meraikan kunjungan delegasi dari Maahad Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Jengka, Pahang. Lawatan delegasi seramai 40 orang termasuk guru pengiring ini merupakan sebahagian daripada slot dalam lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Maʾahad As‑Sultan Ahmad Shah Ad‑Dini, dikenali juga sebagai Maʾahad SAS, mula ditubuhkan pada tahun 1985 dengan nama asal Sekolah Menengah Agama Jengka Pusat (SMAJP). Sebagai salah satu daripada 18 Sekolah Menengah Agama di bawah Jabatan Agama Negeri Pahang, Maʾahad SAS memainkan peranan penting dalam pendidikan agama Islam di peringkat menengah. Sekolah ini bertujuan untuk menyemai kefahaman agama yang kukuh, memupuk akhlak mulia, dan melahirkan murid yang cemerlang dari segi akademik dan kompetensi insaniah. Maʾahad SAS terus berkembang sej...






Comments
Post a Comment