Perbincangan Jawatankuasa Muzium/Galeri Universiti Teknologi MARA (UiTM)



Pada 4 Oktober 2019 (Jumaat) jam 10:00 pagi telah diadakan Perbincangan Jawatankuasa Muzium/Galeri Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Galeri Tun Abdul Razak (GTAR), Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak. Perbincangan ini  telah dipengerusikan oleh Encik Ariffin Bin Jamaludin, Ketua Jabatan Arkib Universiti (JAU) dan dihadiri oleh Dr. Wahiza Binti Abdul Wahid, Pensyarah Kanan, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), UiTM, Puan Roszainatul Haizan Binti Rusili, Kurator Kanan GTAR dan Encik Harun Al-Rashid Bin Bahrin, Penolong Kurator GTAR.

Ianya menjurus kepada perbincangan untuk mewujudkan Jawatankuasa Muzium/Galeri Universiti Teknologi MARA (UiTM). Di UiTM sendiri, terdapat banyak penubuhan muzium/galeri termasuk di kampus cawangan. Walaubagaimanapun, jawatankuasa ini membincangkan untuk mengenalpasti muzium/galeri di UiTM yang aktif dan relevan kewujudannya dan meletakkan di bawah 1 punca kuasa yang sahih serta dapat dibentangkan kertas kerja kepada Majlis Eksekutif Universiti (MEU).

Comments