Posts

CHERITA ALUMNI: NARATIF TUJUH DEKAD UiTM

Image
  Setiap peristiwa penting yang berlaku di UiTM ada cerita tentang hubungan, perubahan dan prinsip yang telah membentuk kehidupan para alumni. Oleh itu, naskhah Cherita Alumni, yang diterbitkan oleh Jabatan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni, Universiti Teknologi MARA ini merupakan kisah dari kaca mata mereka yang pernah berada dalam institusi ini, bermula dari zaman Dewan Latehan RIDA sehingga hari ini. Kisah-kisah dalam buku ini menunjukkan semangat, kekuatan, dan kejayaan yang telah menentukan sejarah UiTM sepanjang tujuh dekad penubuhannya. Cherita Alumni lebih dari sekadar kisah para alumni. Ia adalah sebuah inspirasi untuk generasi akan datang untuk berani bermimpi dan mengejar impian. Bersama, kita hargai masa silam sambil menyuluh masa depan yang lebih gemilang.  Bahan ini kini dipamerkan di Galeri Tun Abdul Razak (GTAR). 

KUNJUNGAN RITSUMEIKAN UNIVERSITY KE GALERI TUN ABDUL RAZAK

Image
24 Februari 2026M | 6 Ramadan 1447H Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menyambut mesra kunjungan Prof. Dr. Hidehko Kanegae dan Prof. Munenari Inoguchi dari Ritsumeikan University, Jepun. Kunjungan mereka yang diiringi Prof. Madya Dr Marfiah Ab. Wahid dari Institute For Biodiversity And Sustainable Development (IBSD) telah dipandu oleh Cik Noorbaizura Mazlan, Pembantu Pustakawan Kanan.  Universiti Ritsumeikan diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui kedudukan ke-680 dalam QS World University Rankings 2026, menjadikannya universiti swasta ketiga terbaik di Jepun dengan fokus utama pada bidang Hubungan Antarabangsa dan Sains Sosial. Dengan komuniti seramai 35,000 pelajar termasuk ribuan pelajar antarabangsa, universiti ini memainkan peranan penting dalam projek "Top Global University" oleh kerajaan Jepun bagi memupuk inovasi serta keterbukaan akademik yang dinamik. Sebagai pusat ilmu dan penceritaan sejarah, Galeri Tun Abdul Razak mengalu-alukan kehadiran warga UiTM serta komuniti...

Kunjungan Pelawat dari Cavite State University (CVSU), Philippines ke GTAR

Image
  Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) berbesar hati menerima kunjungan delegasi dari Cavite State University (CVSU), Philippines bersempena Global Engineering Synergy 2025: Malaysia–Philippines International Engineering Mobility Program, sebahagian daripada aktiviti di bawah MoU UiTM–CVSU. Seramai 22 orang terdiri daripada pelajar dan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), UiTM, serta delegasi CVSU, dipandu oleh Puan Roszainatul Haizan Binti Rusili, Penolong Pendaftar Kanan dari GTAR. Rata-rata pengunjung berasa teruja dengan sejarah dan kecemerlangan yang dipamerkan, yang menjadi kebanggaan UiTM secara amnya. Peluang yang ada digunakan sepenuhnya untuk mengambil gambar dan video untuk kenangan. Delegasi ini turut berkunjung ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), dan Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ) Sebagai pusat ilmu dan penceritaan sejarah, Galeri Tun Abdul Razak mengalu-alukan kehadiran warga UiTM serta komuniti tempatan dan antarabangsa untuk mendalami warisan instit...

GTAR Terima Kunjungan Pelajar SK Sungai Binjai

Image
  26 November 2025M | 05 Jamadilakhir 1447H Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) telah menerima kunjungan seramai 76 orang pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6, bersama 12 orang guru pengiring daripada Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada Program Literasi Komuniti, yang diadakan bagi memperkasa kemahiran literasi maklumat serta meningkatkan keupayaan bacaan dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Sebagai salah satu sekolah yang tertua di kawasan Meru, SK Sungai Binjai tersohor kerana keunggulannya dalam pelbagai bidang, di mana ia telah mencatatkan pencapaian cemerlang dalam akademik, serta menjadi juara bertahan di peringkat daerah dan negeri dalam aktiviti kokurikulum. Dengan jumlah enrolmen murid yang besar (sekitar 3,000+ pelajar) dan bilangan guru yang ramai, sekolah ini memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan holistik kepada komuniti Klang. GTAR meraikan warga UiTM dan komuniti setempat dan antarabangsa ke Galeri Tun Abdul Razak untuk t...

Warga Sekolah Rendah Islam Al-Ummah Chemor Meriahkan GTAR

Image
Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menerima kunjungan seramai 140 orang pelajar, 12 orang guru pengiring dan 8 orang fasilitator daripada Sekolah Rendah Islam Al-Ummah Chemor, Perak. Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada sesi Lawatan Akademik & Pendedahan Dunia Perpustakaan yang turut melibatkan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), dan Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ). Sekolah Rendah Islam Al-Ummah (SRAR Al-Ummah) Chemor, Perak memberi tumpuan kepada pendidikan Islam yang seimbang dengan kecemerlangan akademik. Matlamat utama SRAR Al-Ummah adalah untuk melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah, berteraskan ajaran Islam. Sekolah ini diuruskan oleh pihak berkuasa agama negeri dan disenaraikan sebagai salah satu Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).  Sebagai pusat ilmu dan penceritaan sejarah, Galeri Tun Abdul Razak mengalu-alukan kehadiran warga UiTM serta komuniti tempatan dan antarabangsa untuk...