Delegasi Prince of Songkla University Teroka Warisan GTAR
7 September 2026M | 25 Rabiulawal 1448H Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) dengan berbesar hati menerima kunjungan delegasi pelajar dan pegawai dari Prince of Songkla University (PSU), Thailand sempena program mobiliti antarabangsa dan jaringan kerjasama strategik akademik. Program sambutan dan pengurusan lawatan ini diadakan dengan kerjasama rapat Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEPA) UiTM Shah Alam serta Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) bagi memperkasakan hubungan diplomasi kebudayaan serta pertukaran ilmu rentas sempadan antara kedua-dua institusi pengajian tinggi. Semasa lawatan di GTAR, para delegasi PSU dibawa meneroka khazanah sejarah, warisan kepimpinan, serta lipatan sejarah penubuhan UiTM sejak 7 dekad. Sesi pandu arah ini bukan sahaja memberi pendedahan mendalam mengenai warisan kebangsaan Malaysia, malah menjadi medan dialog akademik dan sosiobudaya yang harmoni antara mahasiswa antarabangsa. Pihak GTAR dan JHEPA UiTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima ...