Posts

28 Ogos 2024: Lawatan

Image
 

21 Ogos 2024: Lawatan

Image
 

Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa : Mantan Naib Canselor UiTM Siri 5

Image
  Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) dengan Kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan rakaman Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa : Mantan Naib Canselor UiTM. Siri kelima program ini telah mendatangkan YBhg. Tan Sri Dato' Acedemician Ir. Dr. Ahmad Zaidee Laidin, mantan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA pertama serta dimudahcara oleh Prof. Dato' Dr. Ismail Sualman (Profesor, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media) dan  Prof. Ts. Dato’ Dr. Abdul Razak Haji Mohaideen (Profesor, Kolej Pengajian Seni Kreatif). Program ini diadakan secara bersiri bermula 24 Julai 2024 sehingga penghujung Ogos 2024. Pihak GTAR berbesar hati menjadi lokasi rakaman program kali ini.

15 Ogos 2024 - Lawatan Pegawai dari Jawatankuasa Penggerak Pembangunan Arkib Digital Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu ke GTAR

Image
  Jawatankuasa Penggerak Pembangunan Arkib Digital Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu berkesempatan melawat Galeri Tun Abdul Razak dalam rangka lawatan ke Bahagian Arkib Universiti, pada 15 Ogos 2024. Lawatan di Galeri Tun Abdul Razak dikendalikan oleh  Puan Roszainatul Haizan Binti Rusili, Penolong Pendaftar Kanan, dibantu oleh Encik Harun Al-Rashid Bin Bahrin, Penolong Kurator Kanan dan Cik Noorbaizura Binti Mazlan, Pembantu Pustakawan Kanan. Sumber gambar : Unit Korporat & Kolaborasi, PTAR

Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa : Mantan Naib Canselor UiTM Siri 4

Image
  Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) dengan Kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan rakaman Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa : Mantan Naib Canselor UiTM. Siri keempat program ini telah mendatangkan Profesor Emeritus Datuk Dr. Mohd Azraai Kassin, mantan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA kelima serta dimudahcara oleh Encik Zulkipli Bakar (Mantan Pengarah Kanan Jabatan Komunikasi UiTM) dan ⁠Dr. Norzizi Zulkifli (Ketua Pengajian Seni Persembahan, Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM). Turut hadir adalah Prof. Dr. Amer Shakir Zainol (Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa), Prof. Dr. Azizan Bin Abdullah (Mantan Timbalan Naib Canselor (HEP), Prof. Dr. Abdul Rahman Omar dan pegawai-pegawai yang pernah berkhidmat bersama beliau. Program ini diadakan secara bersiri bermula 24 Julai 2024 sehingga penghujung Ogos 2024. Pihak GTAR berbesar hati menjadi lokasi rakaman program kali ini.