KUNJUNGAN PENGERUSI LPU UiTM KE GALERI TUN ABDUL RAZAK

15 Julai 2025 | 19 Muharam 1447 H - Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menyambut mesra kedatangan YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Khamil bin Jamil, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM hari ini, diiringi oleh Dr. Ridzuan bin Ahmad dari Jabatan Pendaftar. Dalam kunjungan singkat ini, Tan Sri telah menelusuri senarai Tokoh Penggerak dan Pengasas UiTM serta Profil Tun Abdul Razak yang dipamerkan di sini. YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Khamil bin Jamil berkelulusan Bachelor of Law University of London School of Administration and Law, ITM Shah Alam memiliki pengalaman luas dalam dunia korporat dan pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad selama sepuluh (10) tahun dari tahun 2006. Beliau seterusnya dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif DRB-HICOM Berhad, Pos Malaysia Berhad dan Proton Holdings Berhad sepanjang tempoh 2016 hingga 2018. Selain itu, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Khamil bin Jamil juga bukanlah figura baharu dalam dunia pendidi...