Posts

Showing posts from February, 2026

CHERITA ALUMNI: NARATIF TUJUH DEKAD UiTM

Image
  Setiap peristiwa penting yang berlaku di UiTM ada cerita tentang hubungan, perubahan dan prinsip yang telah membentuk kehidupan para alumni. Oleh itu, naskhah Cherita Alumni, yang diterbitkan oleh Jabatan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni, Universiti Teknologi MARA ini merupakan kisah dari kaca mata mereka yang pernah berada dalam institusi ini, bermula dari zaman Dewan Latehan RIDA sehingga hari ini. Kisah-kisah dalam buku ini menunjukkan semangat, kekuatan, dan kejayaan yang telah menentukan sejarah UiTM sepanjang tujuh dekad penubuhannya. Cherita Alumni lebih dari sekadar kisah para alumni. Ia adalah sebuah inspirasi untuk generasi akan datang untuk berani bermimpi dan mengejar impian. Bersama, kita hargai masa silam sambil menyuluh masa depan yang lebih gemilang.  Bahan ini kini dipamerkan di Galeri Tun Abdul Razak (GTAR). 

KUNJUNGAN RITSUMEIKAN UNIVERSITY KE GALERI TUN ABDUL RAZAK

Image
24 Februari 2026M | 6 Ramadan 1447H Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menyambut mesra kunjungan Prof. Dr. Hidehko Kanegae dan Prof. Munenari Inoguchi dari Ritsumeikan University, Jepun. Kunjungan mereka yang diiringi Prof. Madya Dr Marfiah Ab. Wahid dari Institute For Biodiversity And Sustainable Development (IBSD) telah dipandu oleh Cik Noorbaizura Mazlan, Pembantu Pustakawan Kanan.  Universiti Ritsumeikan diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui kedudukan ke-680 dalam QS World University Rankings 2026, menjadikannya universiti swasta ketiga terbaik di Jepun dengan fokus utama pada bidang Hubungan Antarabangsa dan Sains Sosial. Dengan komuniti seramai 35,000 pelajar termasuk ribuan pelajar antarabangsa, universiti ini memainkan peranan penting dalam projek "Top Global University" oleh kerajaan Jepun bagi memupuk inovasi serta keterbukaan akademik yang dinamik. Sebagai pusat ilmu dan penceritaan sejarah, Galeri Tun Abdul Razak mengalu-alukan kehadiran warga UiTM serta komuniti...