Posts

Showing posts from August, 2024

Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa : Mantan Naib Canselor UiTM Siri 5

Image
  Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) dengan Kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan rakaman Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa : Mantan Naib Canselor UiTM. Siri kelima program ini telah mendatangkan YBhg. Tan Sri Dato' Acedemician Ir. Dr. Ahmad Zaidee Laidin, mantan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA pertama serta dimudahcara oleh Prof. Dato' Dr. Ismail Sualman (Profesor, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media) dan  Prof. Ts. Dato’ Dr. Abdul Razak Haji Mohaideen (Profesor, Kolej Pengajian Seni Kreatif). Program ini diadakan secara bersiri bermula 24 Julai 2024 sehingga penghujung Ogos 2024. Pihak GTAR berbesar hati menjadi lokasi rakaman program kali ini.

15 Ogos 2024 - Lawatan Pegawai dari Jawatankuasa Penggerak Pembangunan Arkib Digital Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu ke GTAR

Image
  Jawatankuasa Penggerak Pembangunan Arkib Digital Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu berkesempatan melawat Galeri Tun Abdul Razak dalam rangka lawatan ke Bahagian Arkib Universiti, pada 15 Ogos 2024. Lawatan di Galeri Tun Abdul Razak dikendalikan oleh  Puan Roszainatul Haizan Binti Rusili, Penolong Pendaftar Kanan, dibantu oleh Encik Harun Al-Rashid Bin Bahrin, Penolong Kurator Kanan dan Cik Noorbaizura Binti Mazlan, Pembantu Pustakawan Kanan. Sumber gambar : Unit Korporat & Kolaborasi, PTAR

Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa : Mantan Naib Canselor UiTM Siri 4

Image
  Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) dengan Kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan rakaman Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa : Mantan Naib Canselor UiTM. Siri keempat program ini telah mendatangkan Profesor Emeritus Datuk Dr. Mohd Azraai Kassin, mantan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA kelima serta dimudahcara oleh Encik Zulkipli Bakar (Mantan Pengarah Kanan Jabatan Komunikasi UiTM) dan ⁠Dr. Norzizi Zulkifli (Ketua Pengajian Seni Persembahan, Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM). Turut hadir adalah Prof. Dr. Amer Shakir Zainol (Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa), Prof. Dr. Azizan Bin Abdullah (Mantan Timbalan Naib Canselor (HEP), Prof. Dr. Abdul Rahman Omar dan pegawai-pegawai yang pernah berkhidmat bersama beliau. Program ini diadakan secara bersiri bermula 24 Julai 2024 sehingga penghujung Ogos 2024. Pihak GTAR berbesar hati menjadi lokasi rakaman program kali ini. 

PAMERAN MAYA - 25 Tahun UiTM Sebagai Sebuah Universiti

Image

8 Ogos 2024 - Lawatan pegawai Pusat Kokurikulum ke GTAR

Image
  Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) berbesar hati menerima lawatan oleh pihak  Pusat Kokurikulum, UiTM Shah Alam. Seramai 14 orang pegawai dari pelbagai cawangan, yang sedang dalam rangka kursus dalaman anjuran Pusat Kokurikulum. Pengarah Pusat Kokurikulum, Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Hajar Hasrol Jono turut berbesar hati menyertai lawatan ini.  Lawatan di Galeri Tun Abdul Razak dikendalikan oleh  Puan Roszainatul Haizan Binti Rusili, Penolong Pendaftar Kanan, dibantu oleh Encik Harun Al-Rashid Bin Bahrin, Penolong Kurator Kanan dan Cik Noorbaizura Binti Mazlan, Pembantu Pustakawan Kanan.

Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa : Mantan Naib Canselor UiTM Siri 3

Image
 Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) dengan Kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan rakaman Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa : Mantan Naib Canselor UiTM. Siri ketiga program ini telah mendatangkan Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, mantan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA keenam dan Prof. Dr. Ismie Roha Mohamed Jais, Penolong Naib Canselor (Komunikasi Strategik) sebagai panel, dengan Pn. Umaimah Bt. Kamarulzaman sebagai moderator. Turut hadir adalah Prof. Dr. Amer Shakir Zainol (Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa), Prof. Dr. Mohd Afandi Mat Rani (Dekan ACIS), Encik Zulkifli Mohamed (Presiden Kesatuan kakitangan Umum UiTM (KKUiTM) dan Encik Saharuddin Lin (Presiden Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM - MITASA). Program ini diadakan secara bersiri bermula 24 Julai 2024 sehingga penghujung Ogos 2024. Pihak GTAR berbesar hati menjadi lokasi rakaman program kali ini. 

3 Ogos 2024 - Lawatan Ke GTAR Sempena Program Literasi Maklumat PTAR dan SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak

Image
Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) telah menerima pelawat dari SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak pada 3 Ogos 2024. Lawatan ini merupakan salah satu daripada aktiviti dalam program Literasi Maklumat di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Lawatan ini terdiri daripada 37 orang pengawas sekolah tingkatan 3 dan 4 serta diiringi 4 orang guru.  Lawatan di Galeri Tun Abdul Razak dikendalikan oleh  Puan Roszainatul Haizan Binti Rusili, Penolong Pendaftar Kanan dan dibantu oleh Cik Noorbaizura Binti Mazlan, Pembantu Pustakawan Kanan. Rata-rata pelajar berasa seronok melihat koleksi yang dipamerkan di GTAR. Mereka juga teruja mendengar kisah di sebalik bahan yang dipamerkan, yang menjadi suntikan motivasi kepada para pelajar. Pihak GTAR berasa bangga menjadi sebahagian daripada program Literasi Maklumat ini. 

Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa : Mantan Naib Canselor UiTM Siri 2

Image
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) dengan Kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan rakaman Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa : Mantan Naib Canselor UiTM. Siri kedua program ini telah mendatangkan Profesor Emeritus Dato' Dr. Hassan bin Said, mantan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA keempat dan PROF. Ts. Dr. Azlina Idris, Dekat Hal Ehwal Pelajar, Kolej Pengajian Kejuruteraan sebagai panel, dengan Prof. Dr. Amer Shakir Bin Zainol sebagai moderator.   Program ini diadakan secara bersiri bermula 24 Julai 2024 sehingga penghujung Ogos 2024. Pihak GTAR berbesar hati menjadi lokasi rakaman program kali ini.