Melalui Jawatankuasa Muzium & Galeri Universiti Malaysia (MyMuse), UiTM iaitu Galeri Tun Abdul Razak (GTAR), Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak telah dijemput untuk menyertai Malaysia Museology 2nd Series Workshop pada 9 hingga 12 September 2019 (Isnin hingga Khamis) di Jabatan Muzium Malasyia (JMM). GTAR telah mencalonkan seorang staf iaitu Roszainatul Haizan Binti Rusili; Kurator Kanan untuk mempelajari dan menambah ilmu pengetahuan terutamanya dalam subjek pilihan iaitu Museum Learning. Speaker daripada Durham University, England yang telah mengajar bagi Museum Learning ialah terdiri daripada Dr. Mark Manuel (Research Fellow), Rachel Barclay (Curator), John Roxborough (Learning Officer) dan Charlotte Spink (Access and Community Engagement Officer). Di dalam bengkel ini peserta mempelajari banyak ilmu mengenai permuziuman tentang komuniti, sekolah, kanak-kanak, universiti, special needs dan juga warga tua. Peserta di dalam kumpulan dimi...