Posts

Showing posts from July, 2024

Pemasangan Bendera Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-67

Image
‘Malaysia MADANI : Jiwa Merdeka’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024. Pemilihan tema itu merupakan perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati dirinya.   Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, pihak Galeri Tun Abdul Razak tidak ketinggalan memeriahkan suasana dengan memasang bendera Malaysia di sekitar premis GTAR.

Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa : Mantan Naib Canselor UiTM Siri 1

Image
  Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) dengan Kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan rakaman Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa : Mantan Naib Canselor UiTM. Siri pertama program ini telah mendatangkan Prof. Madya Dato' Dr Haji Mohd Mansor Haji Salleh, mantan pengarah Institut Teknologi MARA kelima dan Professor Datuk Dr Mizan Hitam, Penolong Naib Canselor, Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan sebagai panel, dengan Dr. Khairudin Murad sebagai moderator. YBrs. Encik Mustaffa Kamil Ayub, ahli Lembaga Pengarah UiTM turut hadir sebagai tetamu dalam program ini.  Program ini akan diadakan secara bersiri bermula 24 Julai 2024 sehingga penghujung Ogos 2024. Pihak GTAR berbesar hati menjadi lokasi rakaman program kali ini. 

Pameran Maya : Kayuhan Kapsul 25 Tahun UiTM Rentas Cawangan

Image
  Pencipta Kapsul [Prof. Dr. Muhammad Hussain Ismail] Pereka Bentuk Beg Kapsul [Dr. Rose Dahlina Rusli]

12 Julai 2024 - Lawatan oleh Kurator Galeri DiRaja Tuanku Ja'afar

Image
  Kurator dari Galeri DiRaja Tuanku Ja'afar, Encik Mohd Khairil Hisham bin Mohd Asaari, telah mengadakan lawatan rasmi ke Galeri Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Lawatan ini diiringi oleh pihak Institut Pemikiran & Kepimpinan Melayu (IMPAK) yang diketuai oleh Encik Rahman Naim.  Semasa lawatan, Puan Roszainatul telah memberikan taklimat mengenai operasi, koleksi Galeri Tun Abdul Razak (GTAR), serta pameran-pameran semasa yang sedang berlangsung. Encik Mohd Khairil Hisham menyatakan penghargaan kepada pihak UiTM dan IMPAK atas sambutan mesra yang diberikan. Beliau juga berharap agar Kerjasama yang terjalin ini akan terus berkebnag dan memberi impak positif kepada perkembangan seni dan budaya di negara ini.