GTAR TERIMA KUNJUNGAN PESERTA DULINS EDUCATIONAL TRAVLE, INDONESIA

“Tempat ini sesuai untuk berfoto ya?” Galeri Tun Abdul Razak menerima kunjungan pelajar daripada beberapa universiti dan Sekolah Menengah Atas (SMA) di seluruh Indonesia pada 21 Mei 2025. Seramai 10 orang pelajar di bawah kelolaan Dulins Educational Travel, Indonesia diiringi 14 orang pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dalam rangka program International Genz Green Engineering Colloquium 2025. Rata-rata mereka teruja melihat koleksi dan pengkisahan sejarah yang dipaparkan di galeri ini, terutamanya koleksi jubah konvokesyen dan pencapaian UiTM di peringkat tempatan dan antarabangsa, malah ada di antara mereka yang berswafoto dan membuat video pendek di sini. Kami meraikan dan mengalu-alukan warga UiTM dan komuniti setempat dan antarabangsa ke Galeri Tun Abdul Razak untuk tujuan pendidikan, memberikan peluang kepada masyarakat untuk belajar mengenai sejarah dan pencapaian UiTM serta peranan tokoh negara dalam pembangunan pendidikan di Malaysia. #uitm #PembudayaanIlmuMembentukA...